fbpx
More

    OnePlus Ace 3V dilancar sebagai telefon pertama dengan cipset Snapdragon 7+ Gen 3, pengecasan pantas 100W

    Seperti yang dijangka, OnePlus telah mengumumkan telefon pintar Ace 3V di China hari ini sebagai pengganti kepada Ace 2V. Berbanding dengan pendahulunya, Ace 3V memiliki reka bentuk berbeza. Ia mempunyai bingkai rata dan mengekalkan butang gelongsor amaran tiga peringkat, butang kuasa di sebelah kiri manakala butang kelantangan di sebelah kanan.

    Telefon ini juga mempunyai penarafan IP65 untuk kalis percikan dan habuk. OnePlus Ace 3V menampilkan panel paparan OLED bersaiz 6.7 inci dengan resolusi 1.5K, pemalapan PWM 2160Hz dan kadar segar semula 120Hz serta pengimbas cap jari pada skrin. Ia juga menawarkan kecerahan puncak 2,150 nits dan teknologi Rain Touch untuk menggunakan telefon dengan tangan basah.

    OnePlus Ace 3V miliki persediaan kamera utama Sony IMX882 50MP dengan OIS dan lensa sudut ultra lebar 8MP serta kamera swafoto 16MP. Telefon ini adalah telefon pertama dengan cipset Snapdragon 7+ Gen 3 dan pelbagai ciri AI. Ia memuatkan RAM LPDDR5x sehingga 16GB dan storan UFS 4.0 512GB.

    Terdapat sistem penyejukan VC gred aeroangkasa yang sama untuk pelesapan haba yang terdapat pada siri OnePlus 12. Baterinya berkapasiti 5,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W. Daripada segi perisian, peranti ini dilengkapi dengan ColorOS 14 berasaskan Android 14. Ia disahkan mendapat tiga tahun kemas kini OS dan empat tahun tampung keselamatan.

    OnePlus Ace 3V bermula pada CNY 1,999 (~RM1,312) untuk varian 12/256GB, varian 12/512GB berharga CNY 2,299 (~RM1,508) dan varian 16/512GB membawa tanda harga CNY 2,599 (~RM1,705). Telefon pintar ini ditawarkan dalam warna Magic Purple Silver dan Titanium Air Grey.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus Ace 3V ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Samsung Galaxy Z Fold6 muncul dalam Geekbench dengan Snapdragon 8 Gen 3, RAM 12GB

    Peranti boleh lipat Samsung Galaxy generasi seterusnya akan dikeluarkan pada 10 Julai dan kini, salah satu telefon pintar dalam barisan tersebut telah...

    Twitter secara rasmi telah tamat, beralih kepada domain X.com

    Landskap media sosial telah mengalami perubahan ketara dengan peralihan lengkap Twitter kepada X. Ini berikutan langkah besar yang dimulakan oleh pengambilalihan Elon...

    Anthony Loke: Tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan “dashcam”

    Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bahawa tiada rancangan untuk mewajibkan pemasangan dashcam (kamera papan pemuka) di semua kenderaan di negara...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X