More

    Aplikasi Gerak Malaysia: Pengguna iOS boleh mohon rentas negeri bermula 7 Mei, orang awam lain pada 4 – 6 Mei

    Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai aplikasi Gerak Malaysia. Menurut PDRM, aplikasi tersebut telah dimuat turun sebanyak 1.3 juta kali bersama penerimaan lebih 600,000 permohonan untuk merentas negeri setakat 4 Mei jam 12 tengah malam yang lepas.

    Sebagai peringatan penting, PDRM menasihatkan orang ramai untuk log masuk ke aplikasi tersebut bermula pada tarikh 4 Mei yang lepas hingga 6 Mei untuk mengisi maklumat seperti alamat asal dan alamat destinasi yang dituju. Orang ramai turut dinasihati agar membuat permohonan dengan kadar segera hari ini jika masih belum melakukannya. Hal ini adalah untuk pihak PDRM membuat perancangan bagi kemudahan perjalanan orang ramai.

    Untuk pengguna iOS, anda diminta mendaftar permohonan bermula 7 Mei ini (esok). Permohonan ini adalah perlu sebelum anda memulakan perjalanan anda. Terdahulu, SKMM turut mengeluarkan garis panduan dan FAQ untuk perjalanan merentas negeri sewaktu PKPB. Sidang media untuk perkembangan pergerakan antara negeri akan diadakan pada jam 3 petang hari ini.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured