fbpx
More

    vivo Malaysia anjurkan promosi khas di Lazada, tawarkan diskaun sehingga 35% untuk pelbagai telefon

    vivo Malaysia akan menganjurkan promosi khas di platform e-dagang Lazada, dengan kempen promosi Lazada Birthday KAW KAW yang akan berlangsung pada 24 Mac 2024 (hari ini) jam 8:00 malam sehingga 27 Mac 2024. Anda boleh menikmati diskaun sehingga 35% untuk pelbagai model telefon pintar serta baucar 12% (dihadkan sehingga RM200) di laman vivo dan iQOO dalam Lazada.

    Antara promosi yang akan dianjurkan termasuklah promosi satu hari (1-day Must Buy deals) yang akan ditawarkan pada 24 Mac jam 8:00 malam sehingga 25 Mac. Berikut adalah senarai harganya, namun harga untuk beberapa telefon ini hanya akan didedahkan dalam tempoh yang telah dinyatakan di atas:

    Anda juga boleh dapatkan diskaun tambahan (stackable savings) dengan menggabungkan Lazada Bonus, baucar kedai (store voucher) dan Laz Coins. Dengan berbuat demikian, anda boleh dapatkan diskaun 10% dengan perbelanjaan minimum RM500 (diskaun dihadkan pada RM50) atau diskaun 12% dengan perbelanjaan minimum RM1,000 (diskaun dihadkan pada RM200).

    Selain itu, anda juga boleh dapatkan diskaun sehingga 12% untuk siri telefon pintar vivo V30 5G (RM1,999) dan vivo V30 Pro 5G (RM2,199) yang baru sahaja dilancar. Telefon ini mempunyai teknologi kamera ZEISS dan cahaya Aura Light Portrait 3.0 untuk prestasi kamera yang canggih. Setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah tambahan bernilai RM500 atau lebih.

    Diskaun tambahan untuk promosi ini
    Promosi khas untuk siri vivo V30 5G

    Jika anda membeli mana-mana siri vivo V30 pada 27 Mac 2024 sahaja, anda boleh dapatkan baucar diskaun tambahan sebanyak 12% dan hadiah bernilai RM825. Perlu diingati bahawa promosi tambahan ini hanya akan disediakan pada satu hari sahaja.

    Layari laman web vivo Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Raikan Hari Ibu dengan siri Samsung Galaxy watch6 dan hadiah percuma sehingga 12 Mei...

    Hari Ibu ini, luahkan rasa terima kasih kepada wanita istimewa dalam hidup anda dengan meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan mereka melalui siri Galaxy...

    HUAWEI bakal dikenakan sekatan untuk beli cip daripada Qualcomm dan Intel

    Kerajaan Amerika Syarikat (AS) didakwa telah membatalkan lesen Qualcomm dan Intel untuk menjual cip kepada HUAWEI menurut laporan baharu daripada Reuters hari...

    Google akan umumkan pelaburan besar di Malaysia dalam masa terdekat

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menyatakan bahawa syarikat teknologi antarabangsa Google akan mengumumkan satu pelaburan...

    Kamera HUAWEI Pura 70 Ultra berjaya dapat markah tertinggi dalam ujian DXOMARK

    DXOMARK telah mengumumkan markah ujian fotografi bagi HUAWEI Pura 70 Ultra. Peranti itu kini menduduki tempat pertama dalam pengimejan dan skor zum...

    CMF mungkin keluarkan telefon pintar mesra bajet dengan nama CMF Phone (1)

    Sub-jenama Nothing, CMF sedang menumpukan segmen pasaran yang mampu milik, selepas melancarkan peranti audio, jam pintar dan pengecas. Baru-baru ini, desas-desus baharu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X