More

    Pelan suku tahunan Disney+ Hotstar akan dinaikkan kepada RM79.90 bermula 24 April ini

    Seperti yang dijangka, harga langganan untuk Disney+ Hotstar akan dinaikkan bermula pada 24 April 2024. Selain itu, syarikat tersebut juga akan mengeluarkan pelan sedia ada dan menggantikannya dengan lima pelan tambahan baru.

    Menurut halaman Bantuan (Helpdesk), akan ada pelan Asas dan Premium yang baru. Pelan Bulanan Asas bermula dari RM24.90 sebulan manakala versi Premium adalah RM39.90 sebulan. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk membayar setiap suku tahunan atau tahunan bergantung pada pilihan anda.

    Apakah perbezaan antara pelan Asas dan Premium? Berdasarkan carta, mereka yang menggunakan pelan Asas hanya boleh menyiarkan pada satu skrin serentak, manakala pelan Premium mampu mencapai sehingga sehingga tiga skrin serentak. Pelan Asas juga boleh di Log masuk maksimum pada tiga peranti dengan resolusi FHD (1080p) dan pelan Premium pada sepuluh peranti dengan resolusi 4K Ultra HD (2160p).

    Jika anda meneruskan langganan selepas 24 April, kemungkinannya anda akan membayar untuk Pelan Premium Suku Tahunan. Terdapat juga nota penting mengenai itu yang merupakan petikan seperti di bawah ini:

    “Sila ambil perhatian bahawa harga di atas adalah untuk langganan baru mulai 24 April 2024. Jika anda mendaftar langganan sebelum tarikh ini, anda akan melihat perubahan harga dalam tempoh bil anda pada atau selepas 24 April 2024. Walaupun begitu, anda masih boleh terkesan oleh peningkatan harga walaupun tempoh bil anda berakhir sebelum 24 April 2024. Itu akan berlaku jika kami tidak dapat memproses pembayaran anda sebelum 24 April 2024 dan pembayaran berjaya pada atau selepas 24 April 2024.”

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured