More

    OnePlus Nord CE4 dilancar: SD 7 Gen 3, RAM 16GB dan pengecasan 100W bermula ~RM1,423

    Seperti yang diberitahu semalam, OnePlus melancarkan telefon pintar kelas pertengahan seterusnya, OnePlus Nord CE4 di India pada 1 April 2024, semalam yang membawa satu ciri menarik iaitu fungsi pengecasan pantas 100W.

    Telefon ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3 dipasangkan bersama RAM 8GB dengan tambahan RAM Maya 8GB dan storan 256GB yang boleh dikembangkan sehingga 1TB menggunakan kad mikroSD. Sistem operasinya adalah OxygenOS 14.0 berdasarkan Adroid 14 untuk memastikan penggunaan terkini bagi penggunanya.

    Skrin yang digunakan adalah panel AMOLED berukuran 6.7 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan 900 nits, resolusi 2412×1080, nisbah skrin-ke-badan pada 93.40% dan perlindungan TÜV Rheinland Low Blue.

    Daripada segi kamera, kamera utama peranti ini dikuasakan oleh sensor Sony LYT600 yang menawarkan resolusi 50MP dengan saiz sensor 1/1.95 inci. Dilengkapi dengan susunan lensa 5P dan fungsi autofokus yang menggabungkan Autofokus Kontras (CAF) dan Autofokus Pengesanan Fasa (PDAF), pengguna boleh menjangkakan fokus yang tajam dan tepat pada jarak fokus bersamaan dengan 26mm.

    Selain itu, peranti ini mempunyai kamera ultra lebar menggunakan sensor Sony IMX355 8MP yang memberikan pandangan sudut lebar 112 darjah. Tambahan pula, ia menawarkan keupayaan rakaman video yang luas termasuk video 4K pada 30fps, video 1080P pada 60/30fps dan pelbagai pilihan gerakan perlahan, memastikan pengguna dapat menangkap setiap detik dengan butiran yang jelas.

    Kamera swafotonya dilengkapi dengan sokongan Penstabilan Imej Elektronik (EIS) dan mempunyai sensor 16MP dengan apertur f/2.4. Ia juga menyokong rakaman video pada resolusi 1080p dan resolusi 720p pada 30 fps untuk memenuhi pelbagai keperluan rakaman pengguna. Kemampuan Dual-view Video membolehkan perspektif unik untuk merakam senario menarik.

    Bateri peranti ini memiliki kapasiti 5,500mAh (dwi-sel 2,750 mAh, tidak boleh dikeluarkan) dan mendapat sokongan pengecasan SUPERVOOC 100W, membolehkan pengisian yang pantas dan berkesan. Battery Health Engine pada peranti membantu menjaga kesihatan bateri bagi prestasi penggunaan yang optimum.

    Spesifikasi lain termasuk dwi pembesar suara stereo, port USB-C dan Bluetooth 5.4 yang hadir dalam dua warna iaitu Dark Chrome dan Celadon Marble. Ia berharga ₹24,999 (~RM1,423) untuk 8GB+128GB dan ₹26,999 (~RM1,537) untuk 8GB+256GB.

    "
    "

    Buat sementara ini, kami masih tidak mempunyai sebarang berita mengenai kehadirannya untuk pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OnePlus India

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...