More

    Tidak boleh ziarah dan balik kampung sempena Aidilfitri, siapa nak pantau SOP? – Ismail Sabri

    Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berjalan, pelbagai persoalan mula timbul memandangkan beberapa perkara telah dilonggarkan secara bersyarat. Kegusaran segelintir rakyat adalah mengenai sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas perkara tersebut dalam sebuah program bersama Bernama TV.

    Menurut beliau, perlaksanaan dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa Aidilfiti adalah punca rakyat tidak dibenarkan menziarah atau pulang ke kampung untuk menyambut perayaan tahunan ini.

    “Sebagai contoh siapa yang nak masuk mesti beratur, jarak satu meter. Jarakan sosial mesti dijaga, sebelum masuk juga kena saring dan untuk masuk juga kena ada jumlah tertentu yang kita perlu tetapkan, jadi semua SOP itu kita jelas.

    “Tetapi balik kampung siapa yang nak pantau, dalam satu rumah tiba-tiba berpeluk-peluk dengan saudara-mara, macam mana kita nak pastikan jarakan sosial berlaku, bagaimana nak pastikan ada yang periksa suhu setiap orang yang masuk ke rumah,” jelas Ismail Sabri.

    Beliau turut mengakui agak berat untuk rakyat menerima dan menghadapi keputusan ini, tetapi tindakan yang diambil adalah untuk menjaga keselamatan rakyat. Tidak lain tidak bukan, untuk memutuskan juga rantaian COVID-19. Mungkin anda sudah boleh mencuba untuk menyambut Hari Raya secara digital? Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured