fbpx
More

    Samsung kini pemegang takhta penjual telefon pintar terlaris di dunia

    Samsung Electronics memperoleh semula kedudukan utama dalam jualan telefon pintar global hanya lima bulan selepas berada di bawah Apple. Samsung bangkit semula kerana prestasi mantap telefon pintar Galaxy S24 yang dikuasakan AI baharunya menurut sumber.

    Pada Februari lalu, Samsung menjual 19.69 juta telefon pintar dengan menguasai 20 peratus bahagian pasaran mengalahkan Apple yang menjual 17.41 juta telefon untuk menguasai 18 peratus. Penganalisis mengaitkan kembalinya Samsung merangkul takhta kerana jualan yang mantap di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah.

    Samsung mengekalkan kedudukan teratasnya di pasaran Eropah dengan menguasai 34 peratus bahagian. Selain itu, bahagian pasaran Samsung AS mengalamai lonjakan kepada 36 peratus daripada 20 peratus pada Januari lalu. Bahagian Apple dalam pasaran AS jatuh daripada 64 peratus kepada 48 peratus dalam tempoh yang sama.

    Untuk mengimbas kembali, Samsung kehilangan tempat teratas dalam bahagian pasaran telefon pintar global daripada segi penghantaran kepada Apple tahun lepas buat kali pertama dalam 13 tahun. Namun kini, data menunjukkan bahawa telefon pintar S24 telah terjual mencapai 6.53 juta unit di seluruh dunia sehinga akhir Februari lalu.

    Organisasi bukan untung Consumers Union, memberikan kamera Galaxy S24 Ultra skor 87 mengatasi iPhone 15 Pro Max yang mendapat 86. Selain itu, Galaxy S24 Plus yang dilancarkan bersama Galaxy S24 Ultra menduduki tempat ketiga dengan markah 85 mata.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Korea Times

     

    Artikel Terkini

    Acer umum PC Copilot+ pertama, komputer riba Swift 14 AI berharga ~RM5,155

    Acer telah melancarkan PC Copilot+ pertamanya, komputer riba Swift 14 AI dengan kerjasama Microsoft dan Qualcomm Technologies untuk membawa kepada era baharu...

    Copilot+ dilancar dengan komputer riba dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon X Elite, X Plus

    Qualcomm mengotakan janjinya dengan pelancaran cipset Snapdragon X Elite dan Snapdragon X Plus untuk PC pada tahun ini. Microsoft dan pengeluar global...

    Tempahan smart #3 kini dibuka di Malaysia bersama pengumuman harga baharu smart #1

    smart Malaysia telah memperkenalkan smart #3 SUV Coupe dalam program Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS Serdang dan sedia untuk menerima tempahan daripada...

    Samsung perkenalkan Galaxy Book4 Edge Series dengan cip Snapdragon X Elite, paparan AMOLED 120Hz

    Samsung telah melancarkan Galaxy Book4 Edge Series iaitu barisan baru komputer riba Windows on Arm yang menampilkan cipset Qualcomm Snapdragon X Elite....

    Harga vivo V30 5G turun secara tetap, kini bermula RM1,899

    vivo Malaysia telah mengumumkan penurunan harga pasaran untuk telefon pintar kelas pertengahan vivo V30 5G yang asalnya dilancar pada bulan Mac lalu.

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X