More

    iPhone SE sedia untuk ditempah oleh rakyat Malaysia bermula 11 Mei 2020, berharga RM1,999

    Jika anda merancang untuk menyambar iPhone SE terbaru yang diumumkan oleh Apple baru-baru ini, anda kini boleh melakukannya. Terkini, Apple mengumumkan bahawa iPhone SE telah sedia untuk ditempah bermula pada 11 Mei 2020, Isnin ini.

    Untuk menempahnya, anda boleh ke laman web rasmi Apple Malaysia atau melalui aplikasi App Store. iPhone SE juga bakal tersedia melalui pengedar sah Apple dan syarikat telco terpilih pada minggu hadapan. Pastinya syarikat telco terpilih bakal menawarkan dan mengumumkan pelan iPhone SE yang menarik!

    Sepintas lalu, iPhone SE dilengkapi paparan Retina HD 4.7 inci dan Touch ID untuk keselamatan yang lebih kukuh. Walaupun ia lebih murah daripada iPhone 11, ia tetap dikuasai oleh cipset yang sama iaitu A13 Bionic, jadi anda boleh jangkakan prestasi yang amat tinggi daripada telefon ini. iPhone SE boleh didapati dalam varian 64GB, 128GB dan 256GB dalam warna hitam, putih atau merah bermula pada harga RM1,999.

    Adakah anda telah memutuskan untuk menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured