More

    Tesla secara rasmi bakal lancarkan Cybertruck untuk pasaran Malaysia

    Cybertruck sememangnya salah satu kenderaan yang diketengahkan Tesla kerana bentuk dan cirinya yang unik. Ia agak mengejutkan kerana kami berpendapat bawaha trak elektrik ini akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Namun, ia menjadi kenyataan dengan pengumuman rasmi Tesla melalui laman Instagram Tesla Malaysia.

    Walaupun Tesla agak berhati-hati dengan tajuknya yang tertulis “Stay Tuned”, adalah sangat jelas bahawa Cybertruck sedang menuju ke pasaran tempatan. Selain itu, Reels pendek menunjukkan cara ia diangkut dari kargo kapal terbang dan dibawa ke garaj dengan dua model Telsa yang sedang dipasarkan di Malaysia.

    Selain itu, Cybertruck tutut secara rasmi disenaraikan dalam laman rasmi Tesla Malaysia. Untuk pengetahuan, ia boleh memecut dari 0-100 km/j dalam 2.7 saat dengan anggaran jarak pemanduan sehingga 547 km dan kapasiti menunda 4,990 kg. Badan kenderaan menggunakan exoskeleton keluli tahan karat yang boleh menahan kerosakan dan hakisan jangka panjang.

    Ia juga menggunakan kaca berperisai. Cybertruck tersedia dalam tiga varian iaitu Cyberbeast, All-Wheel Drive dan Rear-Wheel Drive. Di AS, ia berharga $61,000 (~RM289K) dan kita boleh menjangkakan harganya akan jauh lebih tinggi dalam pasaran Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh  melawati laman rasmi Cybertruck di sini. 

    Beritahu pendapat anda tentang Tesla Cybertruck ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured