More

    Fungsi terbaru Google Lens: Membaca imbasan teks dan salin ke komputer tanpa perlu menaip

    Jika sebelum ini anda perlu menyalin teks daripada mana-mana bahasa dan menampal semula teks tersebut untuk Google Translate membacakannya, kini terdapat cara yang lebih mudah. Google kini menambah tiga fungsi baru kepada aplikasi Google Lens.

    Anda tidak perlu lagi menaip untuk menyalin semula teks daripada mana-mana sumber. Hanya perlu mengimbas melalui kamera dalam aplikasi dan fungsi ‘copy to computer’ akan tersedia. Fail atau teks yang dipilih seperti nota yang ditulis akan tersalin dan anda boleh memindahkannya kepada mana-mana peranti yang dilog masuk menggunakan akaun Google anda.

    Seterusnya, aplikasi Lens menawarkan fungsi ‘Listen’, pembacaan teks melalui imbasan dengan menggunakan kamera telefon pintar anda. Semudah itu sahaja, anda hanya perlu menghalakan kamera kepada mana-mana teks melalui aplikasi Lens, kemudian teks akan diimbas dan anda dibenarkan untuk mendengar Google menyuarakan teks tersebut, serta menyalin teks ke mana-mana peranti anda.

    Anda juga boleh membuat carian berdasarkan perkataan yang telah diimbas. Apabila anda ‘highlight’ dan memilih mana-mana perkataan, carian yang relevan akan muncul. Apa pun, setakat ini fungsi baru seperti yang tertera hanya tersedia di aplikasi Lens pada peranti Android. Untuk pengguna iOS, fungsi salin ‘copy to computer’ masih belum tersedia, namun anda boleh menggunakan fungsi ‘Listen’ yang membenarkan anda mendengar pembacaan oleh Google daripada imbasan teks yang anda lakukan.

    Kelihatannya, lebih mudah untuk pembelajaran bahasa asing atau jika anda ada ingin mengetahui cara penyebutan atau pertuturan sesuatu bahasa lain. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured