More

    Realme X50 5G mendedahkan sistem penyejukan haba 5 dimensi terbaiknya

    Realme telah mendedahkan peranti pintar 5G pertamanya, realme X50 5G dari segi ciri teknologi dan reka bentuk sejak dari minggu lepas. Hari ini, syarikat tersebut telah mendedahkan sistem penyejukan pada peranti pintar yang bakal hadir itu.

    Realme X50 5G akan dilengkapi sistem penyejukan haba 5 dimensi yang membenarkan peranti mendapat 100% liputan teras sumber pemanasan berbanding tiub pelesapan haba (heat-sinking) yang lama. Sistem penyejukan ini juga akan hadir bersama tiub tembaga ultra-besar bersaiz 8mm versi 3.0 dengan cecair penyejukan.

    Sistem penyejukan realme X50 5G

    Mengenai ciri dan spesifikasi teknologi, realme telah mengesahkan cipset Snapdragon 765G dan reka bentuk dwi-kamera selfie skrin berlubang (punch hole) dengan paparan LCD 6.6 inci. Turut serta, tetapan kamera quad 64MP dengan teknologi pengecas pantas 30W. Peranti ini dijangkakan akan diumumkan sebelum 25 Januari 2020.

    Apa pun, tiada pengesahan rasmi berkaitan ciri teknologi lain dan tarikh pelancarannya, jadi anggaplah informasi ini sebagai bayangan sahaja. Adakah peranti ini bakal menjadi peranti pintar anda yang seterusnya? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita terkini di TechNaveBM.com.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Apple diperintah bayar RM23.8 bilion kepada Taptic Engine kerana tiru paten

    Mahkamah di Amerika Syarikat memutuskan Apple perlu membayar $5.7 bilion (~RM23.8 bilion) kepada Taction Technology kerana melanggar paten berkaitan perkakasan Taptic Engine....

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured