More

    nubia Flip 5G dilancar di Malaysia: Telefon lipat dengan skrin 6.9″, SD 7 Gen 1 berharga RM2,499

    Selepas dilancarkan untuk pasaran antarabangsa pada bulan Februari lalu, nubia Flip 5G akhirnya sudah tiba ke pasaran Malaysia sebagai telefon lipat pertama oleh jenama tersebut. Ia menampilkan skrin utama berukuran 6.9 inci yang boleh dilipat dengan engsel mendatar, menjadikan reka bentuknya lebih kecil selepas dilipat.

    nubia mengatakan skrin dan engsel ini boleh tahan sehingga lebih 200,000 kali lipatan. Skrin ini mnempunyai gamut warna DCI-P3 sebanyak 100% dan kedalaman warna 10-bit untuk imej yang cantik, serta pemalapan PWM 2,160Hz dan pengiktirafan cahaya biru rendah SGS untuk tontonan yang lebih selesa pada mata.

    Selain skrin utama, ia mempunyai skrin luaran berbentuk bulat yang boleh memaparkan pelbagai aplikasi ringkas. Ia juga boleh digunakan untuk bantu anda mengambil gambar swafoto menggunakan kamera utama.

    Di belakang, ia mempunyai kamera utama 50MP dan sensor kedalaman (depth sensor), manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP. Kamera utamanya menyokong rakaman video 4K dengan teknologi penstabilan untuk video yang tidak gegar.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1, bateri 4,310mAh, pengecasan pantas 33W, RAM sehingga 20GB dan storan dalaman 256GB. Nampaknya nubia mengetengahkan telefon ini sebagai telefon kelas pertengahan yang lebih murah berbanding telefon Flip daripada jenama lain.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk telefon ini:

    • Skrin lipat OLED berukuran 6.9 inci, resolusi 2790×1188, kadar segar semula 120Hz
    • Skrin luaran OLED berukuran 1.43 inci, resolusi 466×466
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1
    • Storan dalaman 256GB
    • RAM 8GB, boleh dibesarkan secara maya sehingga 20GB
    • Storan dalaman 256GB
    • Kamera utama 50MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 4,310mAh
    • Pengecasan pantas 33W
    • Pembesar suara stereo
    • Sistem operasi Android 13 dengan MyOS13
    • Pilihan warna hitam Cosmic Black atau emas Sunshine Gold
    • Harga: RM3,999

    nubia Flip 5G akan dijual di Malaysia secara rasmi bermula 15 April 2024. Jika anda membelinya sebelum 17 April 2024, anda boleh membelinya pada harga istimewa iaitu RM2,499 sahaja. Anda perlu gunakan baucar Lazada untuk dapatkan diskaun potongan harga RM1,500 dan jumlahnya adalah terhad.

    Jika anda terlepas promosi tersebut, pelanggan yang membelinya pada 18 April hingga 15 Mei 2024 masih boleh mendapatkan harga istimewa iaitu RM2,899. Tawaran ini hanya boleh didapati di Lazada.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon lipat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured