fbpx
More

    Samsung Malaysia ingin hadiahkan Galaxy A55 5G dan banyak lagi peranti sempena Hari Raya!

    Sebagai sebahagian daripada kempen promosi Raya Sebulan Vibes oleh Samsung Malaysia, anda berpeluang untuk memenangi pelbagai jenis peranti Samsung Galaxy dengan melakukan beberapa langkah mudah. Samsung menawarkan pelbagai peranti berjumlah RM9,000 dan sesiapa sahaja boleh menyertainya.

    Untuk menyertai kempen ini, anda perlu ikut langkah-langkah berikut:

    • Ambil gambar Hari Raya bersama keluarga sambil memakai baju raya yang serba cantik
    • Muat naik ke Instagram dan pautkannya dengan lagu “Raya Raya Raya” oleh DOLLA dan Insomniacks
    • Masukkan hashtag #RayaSebulanVibes dalam kapsyen gambar
    • Tandakan @SamsungMalaysia dalam kapsyen dan pastikan profil anda ditetapkan kepada Awam supaya ia boleh dilihat

    Hadiah yang ditawarkan termasuklah:

    TempatHadiahJumlah
    PertamaTelefon pintar Samsung Galaxy A55 5G1
    KeduaJam tangan Samsung Galaxy Watch6 Classic (43mm)3
    KetigaFon telinga Galaxy Buds FE + Mystery Case for Galaxy Buds5

    Gambar yang paling kreatif dan menarik akan memenangi hadiah oleh Samsung Malaysia. Ia juga akan diadili berdasarkan jumlah suka (like), kongsi dan komen. Kempen ini akan berlangsung sehingga 24 April 2024.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Pengguna Android dan iOS boleh akses ChatGPT tanpa akaun selepas muat turun

    ChatGPT, bot sembang daripada OpenAI telah mengubah dengan ketara cara orang mencari dan melihat enjin carian dengan menyediakan pembantu digital di hujung...

    JPJ beri amaran sewa kenderaan kepada warga asing tanpa lesen

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan operasi untuk mengenal pasti syarikat dan individu yang menyewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen memandu...

    vivo Y100 5G dalam warna oren akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu yang ditawarkan dalam pilihan warna ungu dan...

    PROTON ingin anda teka nama EV pertama mereka untuk peluang menangi RM5,000

    Syarikat automotif tempatan PROTON kini sedang menganjurkan satu pertandingan menarik di mana anda boleh teka dan menyahkod nama untuk model kenderaan elektrik...

    Ulike Air10 dilancar di Malaysia: Peranti IPL singkirkan bulu berharga RM1,699

    Ulike memperkenalkan peranti Intense Pulsed Light (IPL) pertama mereka, Ulike Air10 yang dilengkapi dengan fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X