More

    Siri realme P1 Pro 5G dilancar: AMOLED 120Hz, bateri 5,000mAh, cas pantas 45W bermula ~RM920

    realme telah memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahannya yang terbaru di India iaitu siri realme P. Dua produk pertama dalam siri ini adalah realme P1 5G dan realme P1 Pro 5G, kedua-duanya dilengkapi spesifikasi yang agak menarik termasuklah skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan pengecasan pantas 45W.

    Skrin kedua-dua telefon mempunyai ukuran 6.7 inci, resolusi Full HD+ dan kecerahan puncak 2,000 nits, namun satu perbezaan adalah daripada segi reka bentuknya di mana realme P1 mempunyai skrin rata manakala realme P1 Pro mempunyai skrin yang melengkung di bahagian sisi.

    Di bahagian atas skrin terdapat kamera swafoto 16MP dalam lubang punch-hole dan di bawah pula terdapat pengimbas cap jari. Sempadan bezel adalah sangat nipis kecuali pada bahagian dagu.

    Rekaan dan spesifikasi realme P1 5G

    Perbezaan utama di antara kedua-dua peranti adalah daripada segi cipset, di mana realme P1 mempunyai MediaTek Dimensity 7050 manakala realme P1 Pro mempunyai Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1.

    Selain daripada itu, kedua-duanya mempunyai spesifikasi yang serupa seperti bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 45W SUPERVOOC melalui port USB-C, RAM 8GB/12GB, storan dalaman 128GB/256GB dan sistem operasi Android 14 dengan realme UI 5.0.

    Satu lagi perbezaan adalah daripada segi kamera, di mana realme P1 mempunyai kamera utama 50MP dan sensor monokrom 2MP, manakala realme P1 Pro mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

    Rekaan dan spesifikasi realme P1 Pro 5G

    Kedua-dua telefon akan ditawarkan dalam warna merah Phoenix Red, namun satu lagi pilihan warna adalah berbeza. realme P1 ditawarkan dalam warna hijau Peacock Green manakala realme P1 Pro dalam warna biru Parrot Blue.

    Untuk pasaran India, realme P1 akan dijual pada harga bermula INR15,999 (~RM920) dan realme P1 Pro bermula INR21,999 (~RM1,270). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...