fbpx
More

    Acer Swift Go 14 (2024) dilancar di Malaysia: Komputer riba dengan fungsi AI, skrin sentuh OLED berharga RM3,899

    Pada hari ini, Acer Malaysia melancarkan komputer riba multimedia Acer Swift Go 14 terbaru yang menampilkan rekaan nipis (14.9mm) dan ringan (1.32kg), serta mempunyai fungsi-fungsi canggih berdasarkan kecerdasan buatan (AI).

    Komputer ini mempunyai kekunci khas untuk akses pantas kepada Windows Copilot bagi memudahkan penggunaan AI dalam tugasan harian. Selain itu, kekunci AcerSense pula menawarkan akses kepada fungsi AI yang dibina oleh Acer sendiri, seperti Acer LiveArt yang boleh memadamkan latar belakang dalam gambar dan Acer AlterView untuk menghasilkan wallpaper dengan efek parallax dinamik berdasarkan AI.

    Sewaktu membuat panggilan video, komputer ini mempunyai webcam 1440p yang menyokong fungsi seperti Latar Belakang Kabur (Background Blur) serta Pembingkaian dan Kontak Mata Automatik (Automatic Framing and Eye Contact). Fungsi Acer PurifiedVoice 2.0 pula menggunakan AI untuk mengurangkan hingar (noise) pada suara anda supaya ia boleh didengari dengan lebih jelas.

    Skrinnya berukuran 14 inci dengan panel WQXGA+ OLED yang memaparkan kecerahan puncak 500 nits, gamut warna DCI-P3 100% dan mempunyai pengiktirafan DisplayHDR True Black 500. Engselnya boleh dibuka sehingga 180° dan menyokong input sentuh.

    Ia ditawarkan dengan storan SSD PCIe Gen 4 sehingga 1TB dan RAM LPDDR5X sehingga 32GB. Pemprosesnya ditawarkan sehingga Intel Core Ultra 9 dengan pemprosesan grafik Intel ARC.

    Port I/O termasuklah dua USB-C dengan Thunderbolt 4, satu USB-A, HDMI 2.1 dan pengimbas kad microSD. Ia juga mempunyai Intel Wi-Fi 7 untuk kelajuan internet lebih pantas sehingga 2.4 kali ganda berbanding Wi-Fi 6E.

    Acer Swift Go 14 akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM3,899. Ia boleh dibeli bermula 28 April 2024 dan setiap pelanggan yang membelinya di Acer eStore, laman rasmi Acer di Shopee atau laman rasmi Acer di Lazada akan menerima diskaun RM200 dan tetikus wayarles Acer Porsche Design (bernilai RM399).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

    Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah...

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X