More

    Nothing Ear dan Ear (a) dilancar dengan ChatGPT terbina dalam bermula RM459

    Fon telinga terbaharu Nothing datang dalam dua model iaitu Nothing Ear dan Nothing Ear (a). Nothing Ear ialah tawaran perdana baharu yang datang sebagai pengganti terus kepada Ear (2) tahun lepas.

    Ear (a) pula menyasarkan untuk mengisi jurang sebagai peranti yang lebih berpatutan atau pengganti Ear (stick). Nothing turut mengumumkan penyepaduan ChatGPT untuk fon telinga baharu yang membolehkan anda memanggil pembantu AI dengan gerak isyarat cubitan.

    Nothing Ear

    Nothing Ear mendapat pemacu dinamik 11mm yang diperhalusi dengan diafragma seramik untuk not tinggi yang lebih kaya dan tajam serta dua lubang udara tambahan untuk meningkatkan aliran udara.

    Nothing Ear menawarkan sokongan codec LHDC 5.0 dan LDAC untuk penstriman kadar bit tinggi dan algoritma ANC Pintar yang dipertingkat yang secara automatik menyemak kebocoran hingar dan melaraskan ANC secara automatik.

    Ia juga membawa lebih banyak kawalan bunyi dengan pilihan Penyama Lanjutan pada aplikasi Nothing X di mana anda berkongsi tetapan anda kepada orang lain. Nothing Ear bersambung melalui Bluetooth 5.3 dengan gandingan dwi peranti, Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair.

    Nothing yang turut menambah mikrofon baharu dengan Teknologi Suara Jelas untuk pengecaman suara yang lebih baik dan panggilan yang lebih jelas. Hayat bateri boleh bertahan sehingga 8.5 jam tanpa ANC dan 5.2 jam dengan ANC manakala 40.5 jam dengan bekas pengecasan.

    Anda mendapat sokongan untuk pengecasan berwayar melalui USB-C dan pengecasan wayarles sehingga 2.5W pada pengecas Qi yang serasi. Noting Ear datang dalam warna hitam dan putih.

    Nothing Ear (a)

    Nothing Ear (a) mengekalkan kebanyakan ciri utama daripada Nothing Ear yang berharga lebih tinggi dengan pemacu dinamik 11mm, ANC dan sokongan LDAC. Ear (a) menampilkan reka bentuk yang diubah suai dengan sarung segi empat tepat dan didatangkan dengan warna kuning terang dalam versi putih dan hitam.

    "
    "

    Selebihnya spesifikasi adalah sama dengan Nothing Ear kecuali EQ tersuai dan diafragma seramik yang lebih menarik. Hayat bateri boleh bertahan sehingga 9.5 jam main balik dengan ANC dimatikan manakala untuk ANC boleh bertahan sehingga 5.5j dan sehingga 42.5 jam jika dengan bekas pengecasan.

    Ia boleh dibeli di Malaysia dengan Nothing Ear berharga RM659 manakala Nothing Ear (a) berharga RM479. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga wayarles ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured