More

    Infinix Malaysia ajak anda ke XFans Road Tour, boleh cuba sendiri NOTE 40 Series & dapat hadiah menarik

    Infinix Malaysia akan menganjurkan jelajah jerayawara XFans Road Tour di dua bandar utama dalam Semenanjung Malaysia bagi mengajak para pengguna untuk cuba sendiri siri telefon pintar Infinix NOTE 40 Series dan dapatkan peluang untuk menangi hadiah menarik.

    XFans Road Tour ini akan berlangsung di Lazy Monday Cafe, Johor Bahru pada hari Sabtu, 27 April 2024 dan LalaLand Cafe Ipoh pada hari Sabtu, 1 Jun 2024.

    Para hadirin boleh menyertai pelbagai aktiviti dan dapat pelbagai hadiah, terdiri daripada 400 jenis dan bernilai keseluruhan sebanyak RM20,000. Ini termasuklah telefon pintar Infinix SMART 8 Pro, Infinix HOT 20 dan Infinix XE 22 True Wireless Earphones.

    Dalam ruang Experience Zone, anda boleh lihat demonstrasi langsung untuk Infinix NOTE 40 Series untuk ketahui ciri-ciri dan fungsinya yang unik. Terdapat juga majlis tontonan Homebois MPL Watch Party dan acahan (sneak peek) untuk telefon Infinix yang seterusnya.

    Jika anda minat untuk bersaing dalam e-sukan, anda boleh serta Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Tournament. Di setiap lokasi jerayawara ini, 16 pasukan akan bersaing untuk memenangi hadiah RM1,200 serta medal dan lain-lain cenderahati. Untuk menyertai pertandingan MLBB Tournament, anda perlu ikuti langkah-langkah ini.

    Anda boleh layari laman web rasmi Infinix Malaysia, Facebook, Instagram atau TikTok lanjut mengenai jerayawara ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured