More

    Kerajaan akan buat pengumuman penting tentang 5G pada hujung April atau awal Mei 2024

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan akan membuat beberapa pengumuman penting mengenai rangkaian 5G pada hujung bulan ini atau awal bulan Mei. Sebelum pengumuman tersebut, beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kadar penggunaan rangkaian itu terus mencapai tahap yang sesuai dengan perkhidmatan yang telah disediakan.

    Pertemuan itu turut melibatkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zaftul Tengku Abdul Aziz, Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

    Mereka akan meneliti ikhtiar atau insentif yang boleh diberikan untuk meningkatkan penerimagunaan rangkaian 5G dalam kalangan pihak industri. Rangkaian ini telah diterima baik oleh rakyat biasa, jadi kerajaan akan memfokuskan sektor industri untuk meningkatkan tahap penggunaannya.

    Ia adalah sebahagian daripada Pelan Induk Perindustrian Baharu yang menekankan aspek teras digital untuk pertumbuhan industri. Ia juga bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan luar, sama ada dalam sektor semikonduktor atau pusat pemprosesan data.

    Di samping itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang meneliti pakej 5G Rahmah yang boleh dimanfaatkan oleh mahasiswa dan orang muda.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured