More

    HONOR MagicBook X 16 2024 rasmi di Malaysia dengan Intel i5-12450H, skrin 16″ berharga RM2,999

    Selain telefon pintar dan tablet, komputer riba HONOR MagicBook X 16 2024 juga dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Ia dilengkapi dengan pemproses Intel i5-12450H, RAM 8GB dan storan 512GB.

    HONOR MagicBook X 16 serba baharu menampilkan paparan HONOR FullView 16 inci dengan nisbah skrin emas 16:10, resolusi tinggi 1920 x 1200 piksel, nisbah skrin ke badan sehingga 89% dan bezel ultra sempit hanya 4.5 mm.

    HONOR MagicBook X 16 dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5-12450H Generasi ke-12 dengan 4 teras prestasi dan frekuensi turbo teras tunggal sehingga 4.4GHz. Ia mampu mengendalikan pelbagai tugas beban tinggi sama ada reka bentuk grafik, penyuntingan video atau permainan video.

    Di samping itu, HONOR MagicBook X 16 dilengkapi dengan papan kekunci besar bersaiz penuh dengan pad kekunci berangka berasingan. Dengan ketersambungan HONOR, pengguna boleh menyambungkan peranti HONOR lain ke HONOR MagicBook X 16 untuk melihat dan mengurus pemberitahuan, menjawab panggilan dan membalas mesej pada skrin besar.

    HONOR MagicBook X 16 2024 berharga RM2,999 dan pembeli boleh mendapatkan beg galas HONOR bernilai RM468 serta langganan Microsoft 365 1 tahun secara percuma. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured