More

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu, jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat asalnya yang beroperasi di China.

    Presiden Biden memberi masa sekitar sembilan bulan hingga satu tahun untuk TikTok dilepaskan daripada ByteDance yang berpengkalan di China, kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Ini merupakan tempoh yang lebih lama berbanding tempoh asal selama enam bulan.

    Jika perkara tersebut gagal dicapai dalam tempoh yang ditetapkan, para pengguna TikTok dalam AS mungkin tidak boleh lagi mengakses platform media sosial tersebut.

    Bagi membidas rang undang-undang ini, jurucakap TikTok Alex Haurek berkata mereka akan membawa kes ini ke mahkamah bagi melindungi penggunaan TikTok dalam AS atau memanjangkan tempoh yang diperlukan untuk mencari syarikat baharu di AS.

    Mereka menyifatkan tindakan kerajaan AS itu sebagai bercanggah dengan perlembagaannya yang melindungi hak kebebasan bersuara dalam kalangan rakyatnya. Walaupun dengan rang undang-undang ini, mereka akan terus menyediakan TikTok sebagai platform yang selamat dan menghiburkan untuk para pengguna.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured