More

    Aplikasi RHB Mobile Banking tidak boleh lagi diguna untuk peranti iOS14 dan ke bawah

    Jika anda merupakan seorang pelanggan RHB Bank yang menggunakan telefon pintar iPhone, perlu diingati bahawa bermula bulan Jun 2024, aplikasi RHB Mobile Banking App tidak boleh lagi digunakan dengan sistem operasi iOS14 dan ke bawah.

    Ini bermaksud jika anda menggunakan siri iPhone 6 atau mana-mana iPhone sebelumnya, anda tidak boleh mengakses aplikasi RHB bermula bulan hadapan. Ini adalah kerana iPhone tersebut tidak lagi menerima kemas kini iOS terkini selepas iOS14.

    Anda perlu gunakan sekurang-kurangnya model iPhone 6s dan ke atas kerana ini adalah telefon yang menggunakan iOS15 dan ke atas.

    Pihak RHB mengambil langkah ini kerana peranti-peranti lama tidak lagi menyokong fungsi keselamatan siber terkini oleh Apple dan ia boleh menjadi lebih lemah terhadap serangan siber dan malware.

    Untuk mengetahui versi iOS dalam iPhone, anda perlu pergi ke Tetapan (Settings) kemudian pergi ke Tentang Peranti (About Device).

    Jika anda masih gunakan iPhone dengan iOS14 selepas bulan Jun 2024, anda boleh akses laman web RHB Online Banking melalui aplikasi pelayar web, namun anda tidak boleh laksanakan sebarang transaksi kewangan kerana anda perlukan aplikasi RHB Mobile Banking untuk sahkan sebarang transaksi melalui SecurePlus.

    Untuk pengguna Android pula, anda perlu gunakan telefon dengan sistem operasi Android 9 dan ke atas.

    Secara umumnya, anda dinasihatkan untuk sentiasa mengemas kini sistem operasi dalam telefon supaya ia mempunyai keselamatan siber terkini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malayia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: RHB

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured