More

    Apple HomePod Gen-2 & HomePod mini akan dilancar di Malaysia pada 10 Mei ini bermula RM529

    Apabila bercakap mengenai produk audio Apple, kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengenali produk AirPods. Siri Apple HomePod yang telah lama wujud selama untuk beberapa tahun pula tidak pernah sampai ke pasaran Malaysia. Namun, berita ini akan berubah tidak lama lagi.

    Dalam satu pengumuman rasmi, Apple mengesahkan bahawa HomePod generasi kedua dan HomePod mini akan tersedia di Malaysia mulai 10 Mei 2024. Pembesar suara ini memanfaatkan audio pengiraan untuk menyampaikan audio berkualiti tinggi sambil mengekalkan reka bentuk yang bergaya dan padat.

    Siri HomePod serasi dengan Apple Music dengan menyediakan akses kepada lebih 100 juta lagu dan senarai main audio. Ia juga disertakan dengan ‘Siri’, di mana anda boleh melakukan arahan suara untuk mencari muzik atau senarai main berdasarkan artis, tahun, genre, mood dan lain-lain.

    Selain keupayaan audio, HomePod generasi kedua dan HomePod mini menyokong automasi rumah pintar melalui Siri. Ia membolehkan anda menyemak suhu bilik, mendapatkan pemberitahuan dan banyak lagi. Akhir sekali, harga HomePod generasi ke-2 akan dijual pada RM1,549 manakala HomePod mini berharga RM529.

    Untuk pengguna iPhone atau iPad, versi iOS atau iPadOS terkini yang boleh anda akses disyorkan untuk digunakan dengan siri HomePod. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    iPad Mini akan datang dijangka jadi tablet kalis air pertama Apple

    Apple dilapor sedang membangunkan iPad mini generasi baharu yang dijangka menjadi tablet pertama mereka dengan sokongan penarafan kalis air. Menurut laporan daripada...

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured