More

    realme 12x 5G dilancar di Malaysia: Skrin 6.67″ 120Hz, Dimensity 6100+, kamera utama 50MP bermula RM899

    Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan satu lagi telefon dalam siri realme 12 iaitu realme 12x 5G. Ia merupakan varian yang paling murah dalam siri realme 12 dan menampilkan beberapa spesifikasi yang agak menarik untuk sebuah telefon mampu milik.

    Telefon ini mempunyai skrin berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 625 nits dan pancaran cahaya biru rendah yang diiktiraf oleh TÜV Rheinland Low Blue Light untuk tontonan yang lebih selesa pada mata. Kecerahannya juga boleh diturunkan sehingga 1 nit jika anda berada dalam suasana yang gelap, supaya anda boleh lihat skrin tanpa rasa silau.

    Skrin ini menyokong pelbagai fungsi realme seperti Air Gestures, Rainwater Smart Touch, Dynamic Button, Smart Code Scan dan Mini Capsule 2.0.

    Di belakang, ia mempunyai rekaan dengan corak bulu, ditawarkan dalam pilihan warna hijau Feather Green atau hitam Glowing Black. Ia mempunyai rating kalis air IP54 dan bicu audio 3.5mm.

    Spesifikasi dalamannya termasuklah cipset MediaTek Dimensity 6100+ 5G, RAM sehingga 16GB dan bateri besar 5,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 15W. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme 12x 5G:

    • Skrin IPS LCD 6.67 inci, resolusi 1080×2400, kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 625 nits
    • Cipset MediaTek Dimensity 6100+ 5G
    • RAM 8GB, boleh dibesarkan secara maya sehingga 16GB
    • Storan dalaman 128GB atau 512GB
    • Kamera utama 50MP + sensor kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 15W
    • Sistem operasi Android 14 dengan realme UI 5.0
    • Port USB-C, bicu audio 3.5mm
    • Pengimbas cap jari sisi
    • Rating kalis air IP54
    • Pilihan warna Feather Green, Glowing Black
    • Harga:
      • 8GB+128GB: RM899
      • 8GB+256GB: RM1,099

    realme 12x 5G boleh dibeli di kedai-kedai CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Yes, redONE dan TM bermula 3 Mei 2024, manakala di platform e-dagang seperti Shopee, Lazada dan TikTok Shop pula boleh didapati bermula 5 Mei 2024.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured