More

    Google membayar Apple ~RM95 bilion pada 2022 kerana jadi enjin carian utama peranti

    Google membayar Apple $20 bilion (~RM95 bilion) pada 2022 untuk menjadi enjin carian utama bagi Safari pada iPhone, iPad dan Mac, lapor Bloomberg . Maklumat itu didedahkan dalam dokumen mahkamah yang disediakan Google dalam pertikaian monopoli Apple kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

    DoJ telah menuduh Google mempunyai monopoli dalam carian dan dalam tuntutan mahkamah terhadap Google, perjanjian enjin carian dengan Apple telah menjadi tumpuan utama. November lalu, dokumen tuntutan mahkamah menunjukkan bahawa Google membayar 36% bersamaan $20 bilion daripada jumlah hasil yang diperoleh daripada carian yang digunakan di Safari.

    Google telah menjadi enjin carian utama pada peranti Apple sejak 2002 walaupun perjanjian itu telah dirundingkan semula beberapa kali. Apple dan Google berusaha untuk merahsiakan syarat perjanjian enjin carian tetapi telah diketahui umum bahawa Google membayar Apple berbilion-bilion setahun.

    Oktober lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella memberi keterangan bahawa perjanjian antara Apple dan Google telah menyebabkan enjin carian seperti Bing tidak dapat bersaing. Microsoft pada satu ketika mahu Apple membeli Bing tetapi Apple tidak berminat .

    Tambahan, Apple bimbang bahawa Bing tidak dapat bersaing dalam kualiti dan keupayaan seperti Google. Google ialah enjin carian utama pada peranti Apple di kebanyakan negara tetapi pengguna boleh memilih untuk menukar kepada Yahoo, Bing, DuckDuckGo dan Ecosia sebagai alternatif.

    Di Eropah, Akta Pasaran Digital telah meminta Apple membuat perubahan pada cara pelayar berfungsi. Pengguna boleh memilih penyemak imbas utama untuk ‌iPhone‌ mereka. Jika Google kalah dalam tuntutan monopoli terhadap Apple, perjanjian antara Apple dan Google mungkin dibubarkan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured