More

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR tersedia di HONOR Experience Store terpilih pada 5 Mei ini

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR yang hangat diperkatakan ketika kemunculannya kini boleh dibeli di kedai HONOR Experience Store terpilih mulai 5 Mei termasuk kedai terbaharu di The Exchange TRX yang akan dirasmikan pada Ahad ini. Pada awalnya, pembelian PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR hanya boleh dilakukan menerusi jemputan.

    PORSCHE DESIGN HONOR Magic 6 RSR hadir dengan RAM 24GB dan storan 1TB pada harga RM7,499. Ia ditawarkan dalam warna Agate Grey and Frozen Berry. Warna Frozen Berry adalah merah jambu yang terang dan berkilau menyamai Porsche Taycan. Ia menampilkan sensor kamera Super Dynamic HONOR Falcon Camera H9800 yang disesuaikan untuk merakam foto dan video.

    Selain itu, terdapat penambahan sensor HDR LOFIC dan Sistem Autofokus Matriks LiDAR yang diilhamkan oleh teknologi pemanduan berautonomi. Selain PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR, telefon boleh lipat PORSCHE DESIGN HONOR V2 RSR juga boleh didapati di HONOR Experience Store terpilih.

    Telefon boleh lipat ini hadir dengan RAM 16GB dan storan 1TB yang dijual pada harga RM10,999. Sementara itu, pembelian produk melebihi RM1,000 dalam satu resit layak mendapat satu peluang cabutan bertuah bernilai sehingga RM35,000 di HONOR Experience Store di The Exchange TRX pada Ahad ini. Pemenang hadiah utama akan membawa pulang HONOR Magic6 Pro.

    Hadiah menarik lain termasuk mesin kopi Nescafe, robot pembersih hampagas HONOR dan pembesar suara Bluetooth HONOR. Bukan itu sahaja, hadiah cenderahati turut akan diberikan kepada 200 pelanggan pertama yang mengunjungi kedai tersebut pada Ahad ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured