More

    HUAWEI MateBook X Pro dilancar di Malaysia, miliki Intel Core Ultra 9 dan berat 980g

    Hari ini, HUAWEI Malaysia mengumumkan HUAWEI MateBook X Pro dan HUAWEI Watch Fit 3 akan tiba di Malaysia pada 13 Mei 2024. HUAWEI MateBook Pro X untuk tahun 2024 menampilkan pemproses Intel Core Ultra 9 terkini dengan RAM 32GB dan storan 2TB.

    Selain itu, ia juga menawarkan keupayaan AI Lanjutan seperti pembatalan hingar AI, peningkatan kamera AI dan carian AI untuk meningkatkan kecekapan serta pengalaman pengguna. Komputer riba ini mempunyai bateri berkapasiti 70 Wh dan menyokong pengecasan 90W Huawei SuperCharge.

    Selain itu, peranti baharu ini mempunyai pengimbas cap jari dan suis kamera bebas untuk keselamatan yang dipertingkatkan. Daripada segi pengudaraan, ia menggunakan sistem kipas Dual Shark Fin yang dioptimumkan untuk penyejukan yang berkesan. Peranti ini akan tersedia dalam warna Morandi Blue dan White.

    Jika anda berminat dengan peranti HUAWEI MateBook X Pro, anda boleh membayar deposit untuk tempahan sebanyak RM70 bermula dari 8 Mei hingga 12 Mei 2024. Selain itu, HUAWEI juga akan menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM4,582 apabila anda membuat deposit hari ini.

    Deposit boleh dibuat melalui laman rasmi HUAWEI , Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee atau Kedai Utama HUAWEI di Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured