More

    Samsung Malaysia anjur pertandingan khas untuk Galaxy A, hadiah termasuk Yamaha Y15ZR dan banyak lagi

    Bagi mempromosikan siri telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A35 5G, Samsung Galaxy A55 5G dan lain-lain telefon Galaxy A, Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan pertandingan Lebih Awesome, Lebih Menang A-Series Giveaway Contest untuk setiap pelanggan telefon tersebut.

    Pertandingan ini menawarkan hadiah bernilai RM1,000,000 termasuklah motosikal Yamaha Y15ZR, tablet Samsung Galaxy Tab S9 FE, fon telinga Samsung Galaxy Buds FE dan banyak lagi.

    Untuk menyertainya, anda hanya perlu beli Galaxy A05, Galaxy A15, Galaxy A25, Galaxy A35 atau Galaxy A55 kemudian anda perlu ikuti langkah berikut:

    • Muat turun aplikasi Samsung Members dan daftar masuk sebagai ahli
    • Setuju dengan terma dan syarat pertandingan
    • Jawab soalan yang tertera: “Apa yang anda suka tentang Samsung Galaxy-A Series?”

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Samsung Galaxy A35 5G atau Samsung Galaxy A55 5G. Anda juga boleh tonton video kami untuk mengetahui perbezaan utama di antara kedua-dua peranti. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pertandingan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas tertangguh, Apple akhirnya bakal lancarkan cermin mata pintar pada 2027

    Apple dilapor merancang untuk memperkenalkan cermin mata pintar pertamanya pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2027 yang dijangka berlangsung pada Jun tahun...

    Apple dan Samsung dilapor bakal guna cip memori buatan China

    Samsung Electronics dan Apple dilapor sedang mempertimbangkan penggunaan cip memori keluaran ChangXin Memory Technologies (CXMT) bagi peranti pintar keluaran mereka pada masa...

    HONOR bakal lancar telefon robot pertama dunia pada 12 Ogos ini

    HONOR mengesahkan pelancaran peranti terbaharu yang dipasarkan sebagai telefon robot pertama di dunia pada 12 Ogos ini. Peranti yang dibangunkan bersama pembuat...

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured