More

    Telegram sedia bantu kerajaan menangani isu cetak rompak digital – Fahmi Fadzil

    Telegram bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk memerangi cetak rompak digital yang berleluasa di platformnya, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Tambahnya, beberapa pertemuan telah diadakan dengan pihak Telegram untuk membincangkan isu itu.

    Fahmi berkata pihaknya menerima aduan termasuk daripada Astro mengenai filem cetak rompak yang diedarkan di platform Telegram. Langkah ini memerlukan kerjasama pengedar, pemilik hak cipta serta badan penyeliaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan mengharapkan platform lain juga akan memerangi cetak rompak digital.

    Cetak rompak digital pada aplikasi Telegram kembali menjadi topik hangat berikutan kata-kata kasar penerbit dan pengarah prolifik Shahrulezad Mohameddin yang menyatakan kekecewaannya apabila mendapati filem terbarunya Khunsa tersedia untuk ditonton di Telegram dengan mudah.

    Beliau juga meminta Kementerian Komunikasi untuk campur tangan melalui SKMM bagi memerangi isu cetak rompak digital yang berleluasa. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita Harian

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured