More

    Warna baharu diperkenalkan pada HUAWEI FreeClip & WATCH GT 4 tanpa kenaikan harga

    HUAWEI Malaysia telah melancarkan sepasang fon telinga wayarles stereo tulen (TWS) yang unik iaitu HUAWEI FreeClip dan HUAWEI WATCH GT 4 pada tahun lepas membawa harga RM899 untuk fon telinga dan RM1,099 untuk jam tangan pintar tersebut.

    Fon telinga ini dilengkapi pemacu 10.8mm Dual-magnet High-sensitivity Driver Unit untuk menghasilkan audio yang berkualiti tinggi kepada telinga pengguna. Selain itu, ia turut mempunyai rating kalis air IP54 supaya ia sesuai digunakan walaupun dalam situasi berpeluh. Ia boleh didapati pada warna hitam dan ungu cair sahaja.

    HUAWEI WATCH GT 4 pula mempunyai Activity Rings untuk jejak aktiviti harian dan kalori yang terbakar dalam diri anda. Ia juga mempunyai Mod Sukan Professional dan lebih 200 kursus kecergasaran percuma. Satelit GNSS binaan dalam dengan nama Sunflower GPS telah dinaik taraf mampu memberi ketepatan lokasi yang baik.

    Pelancaran hari ini mengumumkan warna baharu bagi kedua-dua peranti di mana FreClip membawa warna tambahan Beige manakala WATCH GT 4 menampilkan warna hijau baharu iaitu Vert Green tanpa kenaikan harga.

    Kedua-dua peranti ini boleh didapati di halaman rasmi HUAWEI, Shopee dan Lazada serta ketahui lebih lanjut mengenai produk ini di Facebook atau Instagram. Beritahu pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured