fbpx
More

    Pelancaran Mi Note 10 Lite di Malaysia: Snapdragon 730G, kamera 64MP, bateri 5,260mAh berharga RM1,599

    Hari ini, Xiaomi Malaysia telah melancarkan varian baru Xiaomi Mi Note 10 dengan harga yang lebih berpatutan. Mi Note 10 Lite akan dijual di pasaran Malaysia pada harga RM1,599 bermula 12 Mei di Lazada dan Authorised Mi Store.

    Antara spesifikasi menonjol yang hadir pada Xiaomi Mi Note 10 Lite adalah pengoperasian cipset Snapdragon 730G. Ia turut dilengkapi tetapan empat kamera yang mempunyai sensor SONY IMX686 64MP, kamera ultra lebar dengan sudut pandangan seluas 120°, kamera makro dan sensor kedalaman. Ia juga mampu untuk merakam video 4K dan gerak perlahan (slow-motion) sehingga 960 fps.

    Bukan itu sahaja, kapasiti baterinya yang sudah besar (5,260mAh) tidak akan mempunyai masalah untuk tahan selama lebih daripada sehari. Malah, teknologi pengecasan pantas 30W boleh mengecas penuh bateri besar itu selama 64 minit sahaja. Selain itu, Xiaomi turut menyertakan pemancar infra-merah (IR blaster) dan bicu audio 3.5mm dalam peranti ini.

    Semak spesifikasi asas Xiaomi Mi Note 10 Lite seperti di bawah.

    Xiaomi Mi Note 10 Lite

    • Cipset Snapdragon 730G
    • RAM 8GB, storan 128GB
    • Paparan AMOLED melengkung berukuran 6.47 inci beresolusi 1080 x 2340 piksel (FHD+)
    • Kamera utama 64MP + kamera ultra-lebar 8MP + sensor kedalaman 5MP + kamera makro 2MP
    • Kamera selfie 16MP
    • Rakaman 4K dan gerak perlahan sehingga 960fps
    • Bateri 5,260mAh
    • Sokongan pengecasan pantas 30W
    • Pengimbas cap jari dalam skrin (in-display), pemancar infra-merah (IR), bicu audio 3.5mm
    • Sistem antara muka MIUI 11 berdasarkan Android 10
    • Pilihan warna ungu Nebula Purple, putih Glacier White dan hitam Midnight Black

    Ia akan mula dipasarkan bermula 12 Mei di Lazada dan Authorised Mi Stores. Sempena pelancaran ini, Xiaomi juga mengadakan promosi khas di mana setiap pembelian Mi Note 10 Lite di Lazada akan mendapat beg Mi Business Backpack bernilai RM99, manakala di Authorised Mi Stores pula mendapat power bank 20,000mAh bernilai RM99.

    Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk mendapatkan Mi Note 10 Lite ini dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung Malaysia lancarkan televisyen dan “soundbar” dengan teknologi AI, bermula RM2,999

    Kecerdasan buatan (AI) kini merupakan trend yang popular dalam industri teknologi pada 2024 dan Samsung Malaysia mengikuti trend tersebut dengan melancarkan televisyen...

    vivo Malaysia sambut ulang tahun ke-10 dengan bengkel fotografi bersama vivo V30e 5G

    Bersempena 10 tahun kemajuan revolusi dalam teknologi telefon pintar, vivo Malaysia telah menganjurkan bengkel fotografi selari dengan pelancaran telefon pintar terbaharu, vivo...

    smart #3 dipandu uji buat kali pertama, bakal diumum di Malaysia Autoshow 2024

    Smart Malaysia baru-baru ini mengadakan acara pratonton eksklusif yang bertemakan "Chasing Thrills" di Subang Jaya. Acara ini adalah untuk memperkenalkan kenderaan elektrik...

    OpenAI lancarkan GPT-4o secara percuma, jadikan interaksi manusia-komputer lebih semula jadi

    Pada persidangan OpenAI awal pagi tadi, model besar GPT-4o yang dinaik taraf telah dikeluarkan secara rasmi. "o" dalam GPT-4o bermaksud "omni". GPT-4o...

    Siri vivo X100s dilancar dengan Dimensity 9300+, penderia kamera 1″ dan cas pantas 100W...

    Bersama-sama pelancaran X100 Ultra, vivo turut memperkenalkan telefon pintar vivo X100s dan X100s Pro. Telefon baharu ini menampilkan cipset Dimesnity 9300+ yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X