More

    vivo X100 Ultra rasmi dengan SD 8 Gen 3, kamera 200MP bermula ~RM4,250

    Hari ini, vivo telah melancarkan barisan telefon andalannya untuk tahun 2024 termasuk telefon yang dinanti-nantikan iaitu vivo X100 Ultra. Bermula dengan paparan, vivo X100 Ultra mempunyai skrin melengkung E7 AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 3200 × 1440 piksel, kadar penyegaran 120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits, menyokong Dolby Vision dan pengimbas cap jari ultrasonik.

    Cipset yang digunakan pada vivo X100 Ultra ialah Snapdragon 8 Gen 3 termasuk pilihan RAM sehingga 16GB dan storan 1TB. Bahagian belakang vivo X100 Ultra menampilkan tiga kamera berjenama Zeiss yang terdiri daripada sensor satu inci Sony LYT-900 50MP (utama) dengan panjang fokus 23mm, ultra lebar 50MP dengan panjang fokus 14mm dan FoV 116 darjah.

    Telefon ini juga hadir dengan lensa telefoto periskop HP9 200MP 1/1.14 inci dengan panjang fokus 85mm. Kamera ini memiliki pelbagai mod profesional bersama-sama dengan lima pilihan jarak fokus (24, 28, 35, 50, 85mm) dan apertur boleh laras dari f/0.95 hingga f/16. Bahagian hadapan pula terdapat kamera swafoto 50MP.

    Ini adalah peranti pertama yang dilancarkan dengan algoritma BlueImage oleh vivo selama lapan tahun. Teknologi baharu ini dapat menyelesaikan banyak masalah pengambilan gambar terutama faktor cahaya. X100 Ultra juga menampilkan cip pengimejan vivo V3+ yang mengendalikan rakaman dan pemprosesan video potret 4K dengan HDR Dolby Vision didayakan.

    Baterinya berkapasiti 5,500mAh dengan sokongan untuk pengecasan 80W dan wayarles 30W. Spesifikasi lain termasuk OriginOS 4 berdasarkan Android 14, komunikasi satelit dua hala, motor linear X-Axis, mikrofon gred studio, pembesar suara berganda stereo, penarafan IP69 dan IP68 untuk kalis habuk dan air serta sistem penyejukan VC 3D.

    Harga vivo x100 Ultra bermula pada CNY 6,499 (~RM4,250) untuk varian asas 12/256GB dan varian 16/512GB berharga CNY 7,299 (~RM4,773) manakala 16/1TB berharga CNY 7,999 (~RM5,230). Telefon pintar datang dalam warna Titanium, Putih dan Space Grey.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...