More

    vivo Malaysia sambut ulang tahun ke-10 dengan bengkel fotografi bersama vivo V30e 5G

    Bersempena 10 tahun kemajuan revolusi dalam teknologi telefon pintar, vivo Malaysia telah menganjurkan bengkel fotografi selari dengan pelancaran telefon pintar terbaharu, vivo V30e 5G. Bengkel ini telah diadakan di stor konsep vivo di iCity Shah Alam pada 11 Mei 2024, memberi peluang kepada peserta untuk meneroka ciri-ciri kamera vivo V30e 5G.

    Dibimbing oleh jurugambar profesional, June Lim, para peserta dapat meningkatkan kemahiran fotografi melalui peranti vivo V30e 5G. Peserta juga diberi peluang untuk meneroka di Winterland iCity yang sesuai untuk menguji cahaya persekitaran yang lembut dan terang.

    Teknologi Aura Light 3.0 pada vivo V30e 5G meningkatkan Pelarasan Suhu Warna Pintar memastikan ketepatan warna dalam mana-mana persekitaran. Kamera Utama dengan penderia Sony Ultra-Sensing meningkatkan fotosensitiviti sebanyak 30% manakala Sistem Warna vivo menyesuaikan profil warna.

    Bengkel fotografi ini menandakan peristiwa penting kerana ia berlangsung semasa hari ulang tahun ke-10 vivo di Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai ulang tahun ke-10 vivo, layari laman Facebook rasmi  dan laman rasmi vivo Malaysia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured