More

    Google Veo dilancar, boleh hasilkan video AI beresolusi 1080p daripada arahan teks

    Selepas OpenAI melancarkan teknologi penghasilan video berdasarkan model kecerdasan buatan (AI) Sora, kini Google pula melancarkan teknologi yang serupa iaitu Veo. Ia dilancarkan dalam persidangan Google I/O semalam dan boleh menghasilkan video beresolusi 1080p dengan arahan daripada teks (text prompts).

    Google mengatakan Veo boleh memahami sebarang arahan daripada teks, gambar atau video, kemudian ia boleh menghasilkan video sinematik dengan unsur seperti timelapse atau lanskap dari udara. Ia boleh menghasilkan video yang berkualiti tinggi, konsisten dan realistik untuk manusia, haiwan dan objek, manakala durasinya berlangsung sekitar satu minit.

    Buat masa ini, Veo hanya boleh digunakan oleh penerbit filem dan pencipta kandungan terpilih kerana ia masih belum ditawarkan kepada pengguna umum. Google sedang mengumpul maklum balas daripada golongan kreatif bagi membenarkan mereka membantu Google sewaktu membangunkan teknologinya.

    Pada masa hadapan, Veo juga akan diperkenalkan untuk YouTube Shorts. Jika anda berminat untuk mencubanya, anda boleh daftarkan diri di laman web Google.

    Video yang dihasilkan daripada Veo akan mempunyai tera air (watermark) SynthID supaya orang lain boleh mengetahui bahawa video tersebut adalah sebuah janaan AI.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Veo dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured