More

    Apple sekat lebih ~RM33 bilion dalam percubaan penipuan menerusi App Store

    Dalam tempoh empat tahun (2020-2023), Apple mengatakan bahawa mereka telah menghalang lebih $7 bilion (~RM33 bilion) dalam transaksi penipuan, menyekat 375,000 aplikasi di App Store kerana pelanggaran privasi dan menutup 3.3 juta akaun untuk percubaan penipuan.

    Apple telah memperincikan cara mereka menghalang percubaan penipuan dan menyekat aplikasi “bermasalah” daripada muncul di App Store dalam analisis pencegahan penipuan tahunan keempatnya. Apple juga telah senarai hitam 14 juta kad kredit yang dicuri.

    Pada 2023, Apple menamatkan hampir 118,000 akaun pembangun yang menunjukkan penurunan daripada 428,000 akaun pada tahun 2022 hasil daripada penambahbaikan berterusan untuk menghalang penciptaan akaun yang berpotensi digunakan untuk penipuan.

    Selain itu, lebih 91,000 pendaftaran pembangun telah ditolak dan Apple menyekat lebih 153 juta akaun pelanggan kerana disyaki untuk memberi ulasan palsu serta menghapuskan kira-kira 374 juta akaun untuk penipuan dan penyalahgunaan pada tahun 2023.

    Pada April 2024, Apple telah menghentikan 3.8 juta percubaan untuk memasang aplikasi cetak rompak melalui Developer Enterprise Program. Ini meliputi 47,000 aplikasi berbeza yang telah dicuba sepanjang tahun lepas. Apple turut mengatakan bahawa mereka menolak 1.7 juta penyerahan aplikasi.

    Daripada jumlah itu, lebih 248,000 telah disekat kerana ia adalah aplikasi peniru atau cuba mengelirukan pengguna. Selain itu, 375,000 aplikasi telah disekat kerana pelanggaran privasi dan 38,000 dihentikan kerana mengandungi ciri tersembunyi atau tidak didokumenkan. Lebih 40,000 aplikasi telah ditolak kerana aktiviti “umpan dan tukar”.

    Pada 2023, Apple memproses 1.1 bilion penilaian dan ulasan aplikasi. Daripada jumlah itu, mereka mengatakan bahawa hampir 152 juta penilaian aplikasi palsu telah dialih keluar. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Apple

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured