More

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka boleh melakukan pembelajaran secara digital dengan lebih mudah.

    Menurutnya, Kementerian Pendidikan ingin pastikan bahawa setiap pelajar akan memiliki satu tablet kerana pembelajaran melalui peranti memang tidak boleh lagi dielakkan pada waktu ini. Walaupun dengan kekangan kewangan, kerajaan akan cuba melaksanakan inisiatif tersebut bermula tahun ini secara berfasa.

    Jika bantuan tersebut diberikan bermula tahun ini, beliau menjangkakan bahawa majoriti pelajar akan memiliki tablet dalam tempoh empat atau lima tahun akan datang. Beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan peruntukan bagi pembelian peranti-peranti tersebut.

    Kerajaan sudah memperuntukkan RM58.7 bilion kepada Kementerian Pendidikan pada tahun ini dan beliau berpendapat jumlah tersebut akan meningkat pada tahun hadapan supaya bantuan gajet boleh dibeli dan pembelajaran digital boleh dilaksanakan.

    Bantuan ini mungkin akan menyerupai inisiatif PerantiSiswa yang dilaksanakan pada 2022, di mana para pelajar dalam kalangan B40 boleh menerima tablet Samsung Galaxy Tab A8 LTE untuk memudahkan pembelajaran.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured