More

    Xiaomi akan lancarkan SUV elektrik untuk bersaing dengan Tesla Model Y pada 2025

    Jualan kereta elektrik Xiaomi SU7 meningkat mendadak sejak dilancarkan dan dengan mudah mencapai sasaran jualan sebanyak 100,000. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang giat membangunkan kenderaan elektrik kedua yang akan menjadi SUV kompak untuk bersaing secara terus dengan Tesla Model Y.

    Peningkatan utama dalam kereta baharu itu termasuk sistem inforia dan teknologi sambungan pintar. serta ia dijangka dikeluarkan seawal tahun 2025. Jumlah penghantaran tahunan kenderaan elektrik Xiaomi dijangka mencecah 300,000 unit. Spesifikasi khusus dan harga SUV elektrik buat masa ini tidak berapa jelas.

    Bagaimanapun, ia akan meneruskan reka bentuk garisan badan dinamik dan elegan Xiaomi SU7 serta saiz badannya serupa dengan Wenjie M7. Selain itu, Xiaomi merancang untuk melancarkan model ketiga pada 2026 dengan harga permulaan 150,000 yuan (~RM97,267).

    Xiaomi mengambil langkah yang jelas dalam perancangan produk dengan melancarkan tiga kereta baharu dalam tempoh tiga tahun. Konsep yang ingin Xiaomi wujudkan adalah pertama, ingin menguatkan jenama mereka dalam pasaran EV dengan pelancaran kereta mewah dengan harga yang kompetitif dan SUV.

    Kemudian, Xiaomi melancarkan model berharga rendah untuk mengembangkan bahagian pasaran dan secara beransur-ansur menarik pengguna arus perdana. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured