More

    Acara Galaxy Unpacked Samsung pada 9 Februari 2022, bakal umumkan siri Galaxy S22

    Baru-baru ini Samsung secara rasmi telah mengumumkan acara Galaxy Unpacked 2022 dan ia akan diadakankan pada hari Rabu 9 Februari 2022 jam 11 malam. Anda boleh menontonnya secara langsung di halaman rasmi Samsung Malaysia, YouTube Samsung Malaysia, Facebook Samsung Malaysia dan news.samsung.com/my/.

    Selain itu, Samsung Malaysia juga telah menyiarkan halaman prapendaftaran di mana anda boleh mendaftar untuk menunjukkan minat kepada siri Galaxy S22. Mulai sekarang hingga 9 Februari 2022, anda akan menerima e-baucar Samsung bernilai RM200 selepas anda membuat pra-pesanan peranti Galaxy yang bakal dilancarkan. Kami tidak pasti berapa tanda harganya tetapi ia adalah langkah yang bagus untuk mendapatkan baucar awal seperti ini.

    Bertemakan The Epic Standard, banyak khabar angin dan spekulasi mengenai siri Galaxy S22 agak menterujakan. Kami tidak akan terkejut jika telefon itu ternyata betul-betul seperti khabar angin yang tertiris sebelum ini terutamanya Galaxy S22 Ultra + Galaxy Note hibrid yang menjadi telefon pintar perhatian untuk tahun ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured