More

    Acara Kemuncak Malaysia Digital Expo 2023 bermula, pamerkan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia

    Pada hari ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melancarkan Acara Kemuncak Malaysia Digital Expo (MDX) 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    Ia merupakan kemuncak untuk acara utama MDX yang telah dianjurkan sejak 25 September 2023 melalui 18 acara sokongan di seluruh negara termasuklah Kuala Lumpur, Kuching dan Melaka. Acara kemuncak ini akan berlangsung sehingga 8 November 2023 dan ia menampilkan pameran serta barisan penceramah terkemuka untuk berkongsi kepakaran dalam mengembangkan ekonomi digital Malaysia.

    Perdana Menteri memberi ucapan sewaktu merasmikan MDX 2023

    Beberapa syarikat gergasi dalam industri digital turut menyertai acara ini seperti Grab, Capbay, Razer Merchant Services, Primary Guard dan Virtual Economy Technology untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing.

    Selepas merasmikan MDX 2023, Perdana Menteri turut merasmikan program Penerimaan Teknologi Pertanian Digital (DATA) yang bertujuan memacu sektor pertanian di Malaysia menggunakan penyelarasan teknologi digital seperti Internet of Things (IoT), Analisis Data Raya (BDA) dan kecerdasan buatan (AI) dalam rantaian nilai pertanian.

    Menteri KKD, YB Fahmi Fadzil, berkata kementeriannya akan berusaha untuk menjadikan MDX sebagai acara tahunan untuk memperkasakan ekonomi digital Malaysia, serta menjadi daya tarikan bagi syarikat-syarikat dalam rantau Asia Tenggara untuk membuka pavilion dalam MDX pada masa hadapan.

    Menteri KKD YB Fahmi Fadzil (kiri) dan Timbalan Menteri KKD YB Teo Nie Ching (kanan)

    Anda boleh melawatnya secara percuma, namun jika anda ingin mendengar ceramah oleh ketua-ketua industri, anda perlu membeli tiket konferens. Layari laman web MDEC untuk maklumat lanjut mengenai acara ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertainya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured