More

    Acer Aspire 7, Predator Helio 16 dan 18 rasmi di Malaysia, miliki GPU RTX 4080 bermula RM3,199

    Acer Malaysia telah memperkenalkan tambahan baharu kepada siri Predator Helios iaitu Predator Helios 16 dan Helios 18 serta Acer Aspire 7 berorientasikan prestasi yang boleh digunakan untuk gaming. Predator Helios 16 dan Helios 18 dilengkapi cipset Intel Core i9 Gen-13 dan NVIDIA GeForce RTX 4080 menggunakan seni bina NVIDIA Ada Lovelace.

    Selain itu, ia mempunyai sehingga RAM DDR5-5600Mhz 32GB dan SSD PCIe Gen4 NVMe sehingga 2TB dalam RAID 0. Predator Helios 16 dan Helios 18 masing-masing dilengkapi paparan 16 inci dan 18 inci dalam nisbah aspek 16:10, resolusi WQXGA (2560×1600), kadar penyegaran 240Hz, kecerahan puncak 500 nits dengan liputan DCI-P3 100% gamut warna lebar.

    Kedua-dua model Helio dipertingkatkan dengan kipas logam 3D AeroBlade Generasi Ke-5 kejuruteraan tersuai dwi dan paip haba vektor. Acer berkata ia telah meningkatkan pelesapan haba dengan gris haba logam cecair yang dicetak meningkatkan lagi pemindahan haba.

    Bahagian lubang kipas boleh ditanggalkan membolehkan pemain memperibadikan reka bentuk unik mereka sendiri. Berbilang port boleh ditemui di bahagian belakang komputer riba disertakan dengan bar cahaya RGB yang boleh disesuaikan. Papan kekuncinya mempunyai lampu latar LED mini dan bersaiz 1.8mm dan anti-ghosting N-key.

    Acer Aspire 7 baharu kini dilengkapi dengan pemproses Intel Core i5 siri-H Gen-12 dan GPU NVIDIA GeForce GTX1650 menjadikannya mampu bermain banyak game AAA pada tahap yang baik. Ia juga dilengkapi dengan paparan IPS FHD 15.6 inci dan kadar penyegaran 144Hz, RAM DDR4 8GB dan storan SSD 512GB. Slot SSD dan RAM tambahan boleh ditingkatkan lagi.

    Acer Aspire 7 berharga RM3,199 dan boleh didapati menjelang akhir April 2023 di Acer eStore dan kedai rasmi Acer di Shopee serta Lazada. Sementara itu, Predator Helios 16 dan Helios 18 dijual pada harga RM8,999 dan boleh didapati pada Mei 2023 di platform kedai yang sama.

    Pra-pesanan yang dibuat sebelum 30 April 2023 untuk komputer riba gaming Helios baharu akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai lebih RM1,600. Ini termasuk monitor XV272, beg galas Predator Urban Gaming, Predator R6 Chibi Figurine dan Acer SuperCare 2 yang menyediakan jaminan 3 tahun untuk perlindungan kerosakan dan kecurian.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba gaming Acer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured