More

    Acer Aspire 7 & Swift 3 OLED dilancar di Malaysia: Cipset Intel Core i7 Gen-12 bermula RM3,899

    Hari ini, Acer Malaysia mengumumkan ketibaan Acer Swift 3 OLED pada harga RM4,399 dan Acer Aspire 7 berharga RM3,899 di pasaran Malaysia. Anda boleh membeli komputer riba ini di Acer eStore atau kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada.

    Swift 3 OLED merupakan komputer riba yang padat dan seringan 1.4kg sahaja. Ia menampilkan cipset Intel Core i7 12700H Gen ke-12 dengan RAM LPDDR5 onboard 16GB dan PCIe NVMe SSD 1TB. Ia menggunakan paparan OLED 14 inci menampilkan nisbah skrin-ke-badan 92%, WQXGA+ 16:10 (resolusi 2.8k), diperakui VESA DisplayHDR True Black 500 dan menyokong 100% gamut warna DCI-P3.

    Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Wi-Fi 6E dan terdapat kamera web FHD MIPI yang menyokong pengurangan bunyi Temporal Acer dan Acer PurifiedVoice dengan pengurangan bunyi AI. Pad sentuh juga adalah OceanGlass yang diperbuat daripada sisa plastik daripada lautan.

    Sementara itu, Aspire 7 dikuasakan oleh Intel Core i5-1240P Generasi Ke-12, GPU NVIDIA GeForce GTX 1650, RAM DDR4 8GB  (boleh ditingkatkan kepada 32GB) dan PCIe NVMe SSD 512GB. Ia mempunyai kadar penyegaran semula 144Hz dengan paparan Full HD 15.6 inci, bezel nipis, nisbah skrin-ke-badan 81%, disokong oleh Acer Color Intelligence dan fungsi Acer ExaColor untuk visual yang tepat.

    Seperti yang dijangkakan, WiFi 6 dan USB-C juga disediakan untuk pemindahan data sehingga 5 Gbps. Selain itu, reka bentuk terma menawarkan berbilang mod penyejukan melalui pintasan “Fn+F,” di mana kelajuan kipas boleh diselang-seli antara senyap, normal atau prestasi.

    Sempena musim perayaan yang akan datang, pelanggan yang membeli Acer Swift 3 OLED baharu atau Acer Aspire 7 baharu sebelum 31 Disember 2022 boleh menebus kredit Touch n’ Go eWallet bernilai RM120 atau RM80. Pembelian produk terpilih lain yang layak boleh menebus kredit Touch n’ Go eWallet daripada RM20 sehingga RM200.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia @AcerMalaysia atau hubungi Talian Maklumat Produk Acer di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat) atau e-mel ke [email protected].

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured