More

    Acer DualPlay dilancar: Komputer riba “gaming” dengan “controller” yang boleh dicabut

    Dalam temasya elektronik antarabangsa IFA 2024 yang diadakan di Berlin, Jerman pada waktu ini, Acer memperkenalkan komputer riba gaming yang sangat unik iaitu Project DualPlay.

    Ciri utama yang membuatkan komputer ini sangat unik adalah pad penjejaknya (touchpad) yang boleh dicabut dan digunakan sebagai controller wayarles untuk bermain game. Ini membenarkan anda untuk bermain game dengan controller, atau bermain bersama seorang lagi individu di mana seorang pemain akan menggunakan papan kekunci manakala seorang lagi akan menggunakan controller tersebut.

    Lebih menarik, controller tersebut boleh dipisahkan lagi kepada dua lagi komponen untuk meningkatkan jumlah pemain. Selain itu, komputer riba in juga mempunyai pembesar suara lima watt yang timbul daripada bahagian sisi komputer.

    Sebagai hiasan, seluruh sudut komputer riba ini mempunyai pencahayaan RGB termasuklah papan kekunci, sempadan skrin, pad penjejak dan bahagian belakang skrin.

    Setakat ini, Acer DualPlay hanya ditunjukkan sebagai produk konsep dan masih tiada maklumat jika ia akan dilancar secara komersial. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured