More

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan baharu ini menawarkan gabungan kadar segar semula ultra tinggi, resolusi sehingga 5K dan teknologi paparan adaptif bagi memenuhi keperluan pemain kompetitif, peminat permainan AAA serta golongan profesional kreatif.

    Antara yang paling menonjol adalah Predator XB253Q U1, monitor esports 24.5 inci yang menawarkan resolusi FHD dengan kadar segar semula sehingga 1,000Hz. Ia turut dilengkapi teknologi Visual Response Boost (VRB) Pro, AMD FreeSync Premium dan keserasian NVIDIA G-SYNC bagi menghasilkan pergerakan lebih jelas dan lancar ketika permainan pantas.

    Bagi pemain yang lebih mengutamakan kualiti visual, Predator X32 V3 hadir dengan panel QD-OLED Penta Tandem 31.5 inci, resolusi UHD dan kadar segar semula 180Hz. Panel lima lapisan itu direka untuk meningkatkan tahap kecerahan dan kecekapan serta memanjangkan jangka hayat skrin, selain menawarkan liputan warna 99% DCI-P3 dan ketepatan warna Delta E<1. Acer turut memperkenalkan Predator XB273K V7, monitor 27 inci dengan teknologi Dynamic Frame Rate (DFR) yang membolehkan pengguna beralih daripada UHD pada 160Hz kepada FHD sehingga 500Hz, menjadikannya sesuai untuk permainan serta kerja kreatif.

    Siri Acer Nitro pula menerima beberapa pilihan baharu untuk kategori pengguna berbeza. Nitro XV275X P menawarkan paparan 27 inci dengan resolusi 5K pada 165Hz, Mini LED 2,304 zon dan DisplayHDR 1400, manakala mod DFR membolehkannya mencapai QHD pada 330Hz. Nitro XZ340CKR P pula tampil dengan skrin melengkung ultra-lebar 34 inci pada resolusi 5120 x 2160 dan 180Hz yang boleh ditukar kepada WFHD sehingga 360Hz. Dua lagi model, Nitro XV275U Z2 dan XV270U Z3, menggunakan sistem tri-mode DFR yang membolehkan kadar segar semula mencecah 520Hz pada resolusi HD, selain pilihan QHD 275Hz dan FHD 360Hz.

    Untuk profesional kreatif, Acer ProDesigner PE270X P menawarkan paparan 27 inci beresolusi 5K dengan ketepatan warna Delta E<1, liputan 99% Adobe RGB, 99% sRGB dan 99% DCI-P3 serta Mini LED 2,304 zon dan DisplayHDR 1400. Ia turut menyokong USB Type-C dengan pengecasan 90W, Auto KVM dan kadar segar semula sehingga 165Hz, atau QHD sehingga 330Hz menerusi DFR. Kesemua monitor baharu ini akan mula ditawarkan secara berperingkat mengikut pasaran dari suku keempat 2026 hingga suku kedua 2027, dengan harga dan ketersediaan sebenar berbeza mengikut rantau.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Acer perkenal Swift Blade 14 dan Swift Air 16, dua laptop nipis dan ringan...

    Acer memperluaskan barisan komputer riba nipis dan ringan menerusi pengenalan Acer Swift Blade 14 dan Acer Swift Air 16, kedua-duanya hadir dengan Windows 11 dan...

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...