More

    Acer lancarkan 4 komputer riba Predator Helio baharu di CES 2024 bermula ~RM6,969

    Acer telah melancarkan rangkaian laptop gaming yang mengagumkan di Consumer Elctronics Show (CES) 2024 iaitu Predator Helios 18 dan Predator Helios 16 serta model baru bagi Predator Helios Neo 18 dan kemas kini Predator Helios Neo 16.

    Kesemua komputer riba ini dilengkapi dengan pemproses Intel Core generasi ke-14 terkini, GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 40 Series, teknologi DLSS 3.5 dan NVIDIA Advanced Optimus. Komputer riba ini juga dilengkapi dengan Copilot Microsoft dalam Windows 11, kunci Copilotdengan sokongan AI dan satu bulan langganan Xbox Game Pass Ultimate, memberikan akses kepada beratus-ratus game PC.

    Predator Helios 18 dan Predator Helios 16 menyasarkan para pemain dengan menawarkan pilihan panel mini LED, suis mekanikal MagKey 3.0 yang boleh ditukar dan keserasian Wi-Fi 7 untuk kelajuan rangkaian yang cepat. Komputer riba Helios Neo baharu menampilkan reka bentuk tersendiri dengan kod yang disulitkan pada penutup anod mereka, menggalakkan pengguna untuk mentafsir mesej tersembunyi dan meneroka Predator Verse.

    Semua komputer riba menggunakan teknologi kipas AeroBlade 3D generasi kelima untuk penyejukkan, teknologi pengecutan bunyi AI PurifiedVoice 2.0 oleh Acer dan pembesar suara dengan teknologi DTS:X Ultra untuk pengalaman audio yang memukau ketika gaming, berkomunikasi atau menyiarkan.

    Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i9 14900HX dan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 4090, Predator Helios 18 dan Predator Helios 16 menyampaikan pengalaman gaming yang luar biasa dengan keupayaan AI-ready, teknologi DLSS 3.5 dan ray tracing penuh.

    Selain itu, komputer riba ini menampilkan paparan yang mengagumkan dengan panel Mini LED, kesan pencahayaan RGB yang boleh disuaikan dan ciri-ciri teknologi sensor yang canggih. MagKey 3.0 yang baru pada butang WASD meningkatkan pengalaman bermain, dan laptop ini memastikan kelajuan rangkaian yang stabil dan cepat dengan keupayaan Wi-Fi 7.

    Helios Neo 16

    Predator Helios Neo 18 dan Helios Neo 16 menjurus kepada pemain yang lebih santai dan peringkat permulaan, menampilkan reka bentuk unik dengan kod yang diukir laser pada penutup anodnya. Dikuasakan oleh pemproses Intel Core i9 14900HX dan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 4070, kedua-dua komputer riba ini menawarkan peningkatan grafik AI yang lancar, teknologi DLSS 3.5, dan ray tracing penuh.

    Menampilkan visual yang mengagumkan, laptop ini mempunyai paparan IPS WQXGA, kadar penyegaran semula 240 Hz dan teknologi canggih untuk penyesuaian pencahayaan dinamik pada papan kekunci RGB. Ia hadir dengan pelbagai harga dan tarikh ketersediaan, memenuhi citarasa dan keutamaan pengguna di pelbagai kawasan.

    "
    "

    Predator Helios 18 akan tersedia di Amerika Utara pada bulan Mac, bermula pada USD1,999.99 (~RM9,292), di Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) pada Februari dan di China pada Januari.
    Predator Helios 16 akan tersedia di Amerika Utara pada bulan Januari bermula pada USD1,899.99 (~RM8,828), di EMEA pada Februari dan di China pada Januari.

    Predator Helios Neo 18 pula akan tersedia di Amerika Utara pada bulan Mac bermula pada USD1,549.99 (~RM7,202) dan di EMEA pada Februari manakala Predator Helios Neo 16 akan tersedia di Amerika Utara pada bulan Mac, bermula pada USD1,499.99 (~RM6,969), di EMEA dan China pada Februari.

    Untuk ketahui lebih lanjut tentang ketersediaan, spesifikasi produk dan harga dalam pasaran tertentu, anda boleh hubungi pejabat Acer terdekat anda melalui www.acer.com. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...