More

    Acer lancarkan Chromebook premium dan tablet: Peningkatan prestasi dan kalis jatuh bermula ~RM1,761

    Acer telah melancarkan Chromebook baharu yang membawa reka bentuk MIL-STD 810H  untuk membantu pengguna Acer Chrome OS memanfaatkan peranti mereka sepenuhnya. Peranti ini sesuai untuk pekerjaan, hiburan serta tugasan harian.

    Acer Chromebook Spin 714 dan Acer Chromebook Enterprise Spin 714 merupakan Chromebook premium terbaharu dengan cipset Intel Core Generasi ke-12 (sehingga Core i7) untuk peningkatan prestasi sebanyak 20% berbanding generasi sebelumnya. Ia boleh bertahan sehingga 10 atau empat jam penggunaan selepas pengecasan pantas 30 minit.

    Skrin sentuh 14 inci memberikan julat warna 100% sRGB hadir dalam dua pilihan resolusi iaitu WQXGA (2560×1600) dan WUXGA (1920×1200). Kedua-dua peranti membawa Antimikrobial Corning Gorilla Glass untuk menahan kotoran dan bakteria berbau. Nisbah bidang 16:10 dan boleh mengakses aplikasi menggunakan stilus USI dengan 4,096 tahap kepekaan tekanan.

    Acer Chromebook Spin 714 menampilkan kamera web MIPI FHD dengan teknologi pengurangan hingar temporal dan susunan dwi-mikrofon manakala dua pembesar suara menghadap ke atas disokong oleh Audio DTS dan penguat pintar. Ia mempunyai ciri sambungan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.2, papan kekunci berlampu latar serta pelbagai port termasuk port HDMI dan dua port Thunderbolt 4. Pengguna boleh log masuk menggunakan pengimbas cap jari.

    Reka bentuk Casis aluminium memberi ketahanan A.S. MIL-STD 810H untuk melindunginya daripada lekuk atau jatuh. Pengguna juga boleh mengubah kedudukan dengan engsel 360 Chromebook mengikut kesesuaian penggunanan.

    Setersunya, Acer juga memperkenalkan Acer Chromebook Tab 510 dengan reka bentuk yang tahan lama dan mudah alih. Acer Chromebook Tab 510 memberi nisbah aspek IPS 16:10 10.1 inci WUXGA (1920 x 1200) paparan FHD, kamera web MIPI 5MP untuk panggilan video dan dunia MIPI 8MP untuk tangkapan imej.

    Ia dikuasakan oleh Platform Pengiraan Snapdragon 7c Gen 2 untuk sambungan 4G LTE tanpa bergantung pada Wi-Fi. Dengan sekali pengecasan, ia mampu bertahan sehingga 11 jam. Tablet Chromebook memenuhi piawaian MIL-STD 810H dengan casis kalis hentaman dan hentakan mampu melindunginya daripada jatuh setinggi 122sm (48 inci).

    Tablet dilengkapi dengan Antimikrobial Corning Gorilla Glass pada permukaan skrin sentuh untuk mengurangkan pertumbuhan bau dan kekotoran. Stilus USI turut menampilkan 4,096 tahap kepekaan dan sarung folio papan kekunci membolehkan peranti digunakan seperti buku nota.

    "
    "

    Berikut merupakan harga peranti mengikut tempat:

    Anda boleh lawati laman web rasmi Acer untuk ketahui lebih lanjut tentang ketersediaan, spesifikasi produk dan harga dalam pasaran tertentu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...