More

    Acer lancarkan komputer riba Porsche edisi khas serta model baru untuk Swift, Spin dan ConceptD

    Acer hari ini telah melancarkan beberapa komputer riba baru dalam sebuah sidang media antarabangsa next@acer, yang terdiri daripada siri Swift, Spin, Aspire dan ConceptD. Komputer baru yang paling menarik adalah Porsche Design Acer Book RS, sebuah komputer riba yang direka khas dengan hiasan yang melambangkan jenama kereta mewah Porsche.

    Komputer tersebut menampilkan rangka yang diperbuat daripada besi serta permukaan khas yang dibuat dengan gentian karbon (carbon fibre). Komputer tersebut turut disertakan bersama tetikus khas yang turut mempunyai permukaan gentian karbon dan aksesori tikar tetikus (mousepad), sarung (sleeve) dan beg (carrying pouch) yang mempunyai logo Porsche, manakala skrinnya pula boleh digunakan secara sentuh.

    Acer turut melancarkan komputer riba multimedia Swift 3X yang dilengkapi unit pemproses grafik Intel Iris Xe MAX dan CPU 11th Gen Intel Core i7 processor. Ia sesuai digunakan untuk kegunaan harian termasuklah tugas-tugas pekerjaan serta hiburan dan gaming. Ia turut dilengkapi pengecasan pantas di mana pengecasan selama 30 minit akan memberikan penggunaan selama empat jam.

    Selain itu, komputer riba Acer Aspire 5 pula dilengkapi dengan CPU 11th Gen Intel Core dengan GPU Iris Xe atau NVIDIA GeForce MX450.

    Buat mereka yang selalu membuat kerja suntingan gambar atau video, komputer ConceptD 7 dan ConceptD 7 Pro menampilkan spesifikasi yang sesuai untuk tugas-tugas tersebut, seperti skrin 4K IPS PANTONE Validated display berukuran 15.6 inci yang mempunyai gamut warna 100% dalam ruang warna Adobe RGB dan ketepatan warna Delta E<2.

    Siri ConceptD 7 boleh dilengkapkan dengan GPU NVIDIA Quadro RTX 5000 GPU atau NVIDIA GeForce RTX yang mampu mengendali tugas-tugas penjanaan imej 3D atau penyiaran langsung (live streaming).

    Untuk para pengguna yang sering bergerak dan mahukan komputer ringan, Acer Chromebook Spin 513 dan Acer Spin 7 yang bersaiz kecil dan ringan akan memenuhi keperluan mereka. Selain skrinnya yang berukuran 13.3 inci sahaja, Spin 513 menyokong rangkaian 4G LTE agar pengguna boleh kekal berhubung di mana sahaja. Engselnya pula boleh diputar 360° agar ia boleh digunakan seperti tablet dan turut menyokong Acer Active Stylus untuk mensimulasikan penggunaan pen pada skrinnya.

    Acer Spin 7 pula menyokong rangkaian 5G dan mempunyai hayat bateri sehingga 29 jam. Ia merupakan komputer pertama yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8cx Gen 2 5G Compute Platform dan komputer 5G Acer yang pertama.

    "
    "
    Acer Chromebook Spin 513
    Acer Spin 7

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer-komputer di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...