More

    Acer lancarkan monitor Nitro di Malaysia: Kadar penyegaran semula sehingga 180Hz bermula RM379

    Hari ini, Acer Malaysia melancarkan monitor Nitro QG270S3, QG240YS3 dan QG240YH3 yang bersesuaian untuk gamer kasual dengan kadar penyegaran sehingga 180Hz.

    Acer Nitro QG270S3 dan QG240YS3 menyokong kadar penyegaran semula sehingga 180Hz dan masa tindak balas 1ms (G to G) manakala Acer Nitro QG240YH3 menyokong kadar penyegaran semula sehingga 100Hz dan masa tindak balas 4ms (G to G). Ketiga-tiga monitor baharu ini mempunyai teknologi AMD FreeSync yang mengurangkan ketinggalan input dan memberikan pengalaman yang lebih responsif.

    Ketiga-tiga monitor diperakui HDR10 memberikan pengalaman tontonan yang lebih mengasyikkan dengan peningkatan kontras, ketepatan warna dan butiran yang lebih besar dalam kawasan terang dan gelap. Selain itu, liputan sRGB 95% membolehkan keseimbangan yang baik antara ketepatan warna dan kemampuan.

    Monitor Nitro ini hadir dengan pendiri tiga serampang dan paparan panel VA tanpa bezel ZeroFrameTM. Pendiri membolehkan pengguna mencondongkan monitor mereka untuk sudut tontonan mengikut kesesuaian manakala teknologi Acer VisionCare membantu mengurangkan ketegangan mata untuk tontonan yang selesa.

    Selain bicu HDMI dan Audio-out, monitor QG270S3 dan QG240YS3 disertakan dengan DisplayPort manakala monitor QG240YH3 menampilkan port VGA. Anda boleh dapatkanya ketiga-tiga monitor ini di kedai rasmi Acer eStore dan Acer di Shopee dan Lazada.

    Monitor Acer Nitro QG270S3 berharga RM589, QG240YS3 membawa harga RM499 dan QG240YH3 pula berharga RM379. Ketahui lebih lanjut mengenai produk Acer di halaman Facebook rasmi Acer di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured