fbpx
More

    Acer lancarkan pelbagai komputer riba dan tablet baru, lengkap dengan teknologi antikuman

    Pada hari ini, Acer telah melancarkan pelbagai produk baharu yang terdiri daripada komputer riba, tablet dan banyak lagi. Produk-produk baharu ini dilengkapi teknologi antikuman (antimicrobial) bagi mengekalkan kebersihan padanya dan mengurangkan risiko jangkitan kepada pengguna.

    Selain itu, mereka turut melancarkan siri produk Vero yang dibina menggunakan bahan kitar semula dan mesra alam. Berikut adalah beberapa produk yang telah dilancar pada hari ini:

    Acer TravelMate Spin P4 Antimicrobial Convertible Laptop

    Produk ini adalah sebuah komputer riba convertible yang menampilkan rekaan Acer Antimicrobial 360 Design, di mana permukaannya mempunyai bahan antimicrobial silver ion untuk mengelakkan pertumbuhan kuman. Selain itu, komputer ini turut dilengkapi papan kekunci kalis air dan badannya mempunyai pengiktirafan ketahanan impak MIL-STD 810H yang boleh menahan impak kuat.

    Skrinnya yang berukuran 14 inci dan resolusi Full HD pula mempunyai lapisan Antimicrobial Corning® Gorilla® Glass dan boleh digunakan dengan sentuhan jari. Baterinya boleh bertahan sehingga 13.5 jam dan boleh dicas sebanyak 80% dalam masa sejam sahaja.

    Sebagai sebuah komputer convertible, skrinnya boleh diputar 360 darjah manakala spesifikasi dalaman terdiri daripada cipset 11th Gen Intel® Core™ i7 vPro dan storan SSD M.2 sehingga 1TB. Beratnya yang ringan (1.53kg) dan nipis 17.9mm pula memudahkannya untuk dibawa ke mana-mana untuk pelbagai tugas profesional.

    Acer Enduro Urban N3 Antimicrobial Laptop

    Seperti Spin P4 di atas, komputer riba konvensional berukuran 14 inci ini dilengkapi pelbagai teknologi yang dikhaskan untuk mengekalkan kebersihannya, seperti Acer Antimicrobial 360 Design dan Antimicrobial Corning® Gorilla® Glass. Daripada segi luaran, ia mempunyai berat 1.85kg, nipis 21.95mm, pengiktirafan MIL-STD 810H dan rating kalis air IP53.

    Empat bucunya telah dikukuhkan supaya komputer ini boleh menahan impak jatuh sehingga 122cm, manakala pembesar suara, kekunci, butang dan port telah direka khas supaya air tidak boleh memasukinya. Ia mempunyai rekaan Acer Aquafan yang membenarkan komputer ini untuk diguna dalam semua jenis cuaca.

    Baterinya boleh bertahan sehingga 13 jam manakala skrinnya mempunyai keterangan 450 nits. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset 11th Gen Intel® Core™ i7, GPU NVIDIA® GeForce® MX330 dan RAM DDR4 32GB.

    Acer Enduro Urban T3 Antimicrobial Tablet

    Tablet berukuran 10 inci ini turut mempunyai teknologi anti-kuman Acer Antimicrobial 360 Design, pengiktirafan MIL-STD-810H dan rating kalis air IP53. Skrinnya mempunyai resolusi 1920×1200, menyokong sehingga 10 titik sentuhan dan keterangan sehingga 600 nits.

    Ia turut dilengkapi kamera swafoto 5MP, mikrofon dengan pembatalan hingar AI, cipset MediaTek lapan teras dan RAM 4GB.

    Acer TravelMate Vero

    Komputer riba ini ditujukan kepada pengguna dalam perniagaan kecil dan sederhana serta dibuat dengan bahan mesra alam. Sebanyak 30% daripada rangkanya dibina dengan plastik post-consumer resin (PCR) iaitu sebuah bahan yang dikitar semula daripada bahan buangan manakala pembungkusannya dibuat sepenuhnya dengan bahan yang boleh dikitar semula.

    Ia dilengkapi Trusted Platform Module (TPM) untuk menawarkan keselamatan tinggi serta Acer Commercial BIOS bagi membenarkan pengguna untuk mengubah logo startup TravelMate Vero kepada logo perniagaan mereka untuk nampak lebih profesional.

    Spesifikasinya terdiri daripada cipset sehingga 11th Gen Intel® Core™ i7, RAM DDR4 sehingga 16GB dan SSD 1TB.

    Acer Aspire Vero (AV15-51)

    Komputer ini dibuat dengan plastik PCR sebanyak 30% yang mengurangkan penghasilan karbon dioksida sebanyak 21% berbanding komputer lain. Papan kekuncinya turut dibuat dengan plastik PCR sebanyak 50%, manakala pembungkusannya dibuat sepenuhnya dengan bahan yang boleh dikitar semula dan boleh digunakan semula sebagai laptop stand.

    Ia mempunyai skrin 15.6 inci, cipset 11th Gen Intel® Core™ dan GPU Intel® Iris® Xe Graphics. Unik untuk komputer vivo, ia turut dilengkapi perisian VeroSense untuk mengawal penggunaan tenaga serta menjaga hayat bateri.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana produk Acer di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung Galaxy A35 5G dan A55 5G, mana satu lebih bagus?

    Jadi Samsung dah lancarkan dua telefon terbaru dalam siri telefon mid-range iaitu Samsung Galaxy A35 5G dan Samsung Galaxy A55 5G! Dua-dua...

    Nothing mengacah produk audio yang akan datang tidak lama lagi

    Nothing yang merupakan jenama dengan reka bentuk yang menarik kini telah menyiarkan pengacah rasmi mengenai pelancaran produk audio yang akan datang. Seperti...

    Selepas PDRM, Imigresen mungkin turut akan menggunakan kamera badan

    Sebelum ini, kami laporkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memakai kamera badan secara beransur-ansur mulai Oktober ini. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)...

    Fungsi Gemini dalam Google Messages kini tersedia untuk pengguna di Malaysia

    Google Gemini merupakan bot sembang AI oleh Google dengan model berbilang bahasa. Namun, untuk mengakses Gemini Ultra, anda perlu melanggan pelan Google...

    Imej janaan Google Pixel 9 tertiris tanpa kanta periskop, model XL turut bakal dilancar

    Sebelum ini, terdapat imej janaan yang tertiris menunjukkan pandangan pertama Google Pixel 9 dan 9 Pro. Kini, sumber mendedahkan bahawa model standard...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X