More

    Acer lancarkan siri Predator Orion 7000: Cipset Intel Core Gen-13 dan GPU siri NVIDIA GeForce RTX 3090

    Hari ini, Acer mengumumkan cipset Intel Core Generasi ke-13 baharu pada siri Predator Orion 7000 (PO7-650). Ia dibangunkan bagi peminat dan pencipta kandungan dengan prestasi tinggi untuk gaming dan berbilang tugasan.

    Rig gaming Predator Orion 7000 memberikan akses gaming tanpa had kepada ratusan game dengan disertakan Xbox Game Pass Ultimate selama sebulan. Dengan seni bina hibrid prestasi baharunya, pemproses Intel Core Generasi ke-13 membolehkan gamer dan pencipta kandungan melakukan lebih banyak tugasan dalam masa yang sama.

    Teras prestasi yang dipertingkatkan membantu memaksimumkan keperluan gaming, produktiviti, hiburan dan kreativiti sambil menyediakan grafik yang mengasyikkan serta sambungan yang baik.

    Predator Orion 7000 menampilkan sehingga GPU siri NVIDIA GeForce RTX 3090 dan sehingga DDR5-4000 RAM 64GB. Casis EMI mempunyai panel sisi kaca lutsinar mempamerkan dua kipas hadapan Predator FrostBlade 2.0 140 mm (5.5 inci) dan kipas belakang Predator FrostBlade 2.0 120 mm (4.7 inci) ketiga yang menerangi lapan LED yang diselitkan ARGB. 

    Pemain juga boleh melaraskan pencahayaan ARGB, kelajuan kipas dan overclocking dengan perisian PredatorSense. Ia memiliki aliran udara dan pengurusan terma yang baik untuk menyejukkan komponen sistem dengan berkesan dengan penambahan penyejuk CPU cecair AIO sambiol dibantu oleh tiga kipas Predator FrostBlade 2.0.

    Gabungan pengawal Intel Killer E3100 2.5G Ethernet dan modul wayarles Intel Wi-Fi Killer Wi-Fi 6E AX211menyediakan ciri rangkaian yang dioptimumkan seperti keutamaan trafik rangkaian, kelajuan sambungan yang lebih pantas dan game yang lebih responsif. 

    Anda boleh memanfaatkan port yang disediakan iaitu tiga USB 3.2 Gen 1 Type A, satu USB 3.2 Gen 1 Type C dan dua bicu audio di bahagian atas. Di bahagian belakang pula terdapat tiga USB 3.2 Gen 2 Type-A, satu USB 3.2 Gen 2×2 Type-C, dua port USB 2.0 dan tiga bicu audio.

    Adakah anda berminaqt dengan peranti ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...