More

    Bertemakan “Make Your Green Mark”, Acer lancarkan komputer riba Aspire Vero bermula RM3,399

    Acer Malaysia mengumumkan bahawa komputer riba mesra alam, Acer Aspire Vero yang akan berada dalam pasaran Malaysia mulai 11.11 (malam ini). Menggunakan rangka yang diperbuat daripada plastik kitar semula pengguna (PCR) dan kotak kadbod kitar semula yang dicetak dengan dakwat kacang soya.

    Acer Aspire Vero akan dikuasakan oleh Intel Core i5 Generasi ke-11 berharga RM3,399 manakala varian Core i7 berharga daripada RM4,299. 

    Acer turut menawarkan promosi istimewa kepada pembeli Aspire Vero padai 11.11 hingga 19 November 2021 dengan diskaun RM100 di kedai Shopee mereka, Acer Gateway TWS dan banyak lagi. Spesifikasi teknologi Acer Vero yang lain termasuk Microsoft Windows 11, Microsoft Office Home & Student 2021 (lesen seumur hidup), paparan FHD 15.6 inci dan memori yang mudah diakses untuk peningkatan teknologi.

    Aspire Vero mempunyai butang Vero Sense yang berfungsi dengan satu sentuhan dan ianya secara automatik akan masuk ke dalam mod jimat tenaga. Menurut Acer, plastik PCR amat kukuh seperti plastik biasa yang digunakan walaupun ia tidak dibiodegradasi dan masih boleh dikitar semula. 

    Selain itu, dengan tema “Make Your Green Mark”, Acer Malaysia telah menanam 15 pokok di Taman Tugu. Dengan itu, Acer mengharapkan pembelinya untuk bersama-sama berusaha memelihara alam.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...