More

    Acer Malaysia lancarkan desktop, monitor dwi-paparan dan projektor bermula RM1,699

    Acer Malaysia hari ini melancarkan barisan komputer desktop, monitor dwi-paparan mudah alih dan sebuah projektor yang direka untuk meningkatkan kelancaran alir kerja untuk daya pengeluaran dan mempertingkatkan pengalaman multimedia untuk golongan profesional dan pelbagai perniagaan.

    Acer Veriton S2720G and X2720G dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core generasi ke-14 yang terkini dan kedua-dua komputer desktop datang dengan memori RAM 8GB dan penyimpanan SSD 512GB.

    Veriton X2720G padat dengan Intel Core i3 dan Intel Core i5 masing-masing dijual dengan harga RM2,899 dan RM3,289 manakala Acer Veriton S2720G bentuk ‘mid-tower’ dengan Intel Core i5 dijual dengan harga RM3,399.

    Monitor Dwi-Paparan Mudah Alih Acer PD163Q pula adalah sebuah monitor boleh lipat dwi-paparan lengkap dengan palam mini HDMI dan Type-C. Dengan panel IPS FHD, Acer PD163Q menyediakan sudut pandangan yang luas sebanyak 170 darjah dan memaparkan warna yang cerah.

    Teknologi Acer VisionCare menggabungkan beberapa ciri-ciri yang menimbangkan penggunaan berpanjangan oleh para pengguna berat. Monitor dwi-paparan mudah alih Acer PD163Q tersedia harga RM1,699.

    Projektor Acer X1527Ki mempunyai kebolehan penayangan sehingga 5200 ANSI lumens untuk menyediakan gambar yang jelas walau di dalam persekitaran yang terang. Dengan nisbah lontaran 1.48-1.62, ia boleh memaparkan gambar sebesar 60 inci dari hanya 2 meter.

    Projektor FHD Acer X152Ki menawarkan pelbagai pilihan penempatan, membolehkan para-pengguna menikmati media di paparan besar walau di ruang yang kecil tanpa penjejasan terhadap kualiti dan kejelasan gambar.

    ColorBoost3Dâ„¢ memastikan warna yang seakan hidup, Acer LumiSenseâ„¢ membolehkan penyelarasan keterangan dan ketepuan warna yang senang serta ColorSafe II membantu penyelarasan halus tahap RGB dinamik untuk mencegah pereputan warna.

    "
    "

    Tersedia dengan segera di eKedai Acer, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada dan penjual rasmi Acer di seluruh negara, projektor Acer X1527Ki dijual dengan harga RM2,799. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured